Dokumen & Deposit



Sebelum anda membawa pergi kereta sewa idaman anda, pastikan anda ada membawa dokumen yang lengkap ya. Ini kerana, Kereta Sewa Tawau J3 amat menitikberatkan penyediaan dokumen yang lengkap, ianya untuk kebaikan kita bersama. Dokumen yang perlu anda sediakan tidak banyak, hanya dua keping sahaja. Tiga keping sekiranya anda adalah pelajar. Pastikan anda membawa dokumen-dokumen berikut okey:

1. Satu Salinan Kad Pengenalan
2. Satu Salinan Lesen Memandu (yang belum tamat tempoh)
3. Satu Salinan Kad Pelajar (untuk pelajar sahaja)

Deposit pula adalah sebanyak RM100 untuk semua jenis kereta. Deposit ini akan kami kembalikan sejurus selepas anda memulangkan kereta dalam keadaan baik tanpa kerosakan, tanpa calar, tanpa kemek dan bebas dari saman.

Bersama-sama dengan deposit tersebut anda dikehendaki menyerahkan sekali jumlah keseluruhan sewa kereta anda. Contohnya anda menyewa kereta Perodua Kancil selama 1 hari, maka jumlah yang perlu anda serahkan semasa mengambil kunci kereta adalah RM170 (RM70 sewa + RM100 deposit).  

Diharapkan penerangan diatas akan memudahkan urusan anda bila menyewa kereta dengan kami nanti. Dan terlebih dahulu kami ingin memohon maaf kerana kami tidak akan memberi kunci kereta kepada mereka yang gagal menyediakan dokumen-dokumen yang diminta di atas, lebih-lebih lagi salinan lesen memandu (yang belum tamat tempoh). Apa yang kami lakukan adalah untuk kebaikan kita bersama :)



No comments:

Post a Comment