Monday 11 December 2017

Kereta Sewa Paling Murah Di Tawau

Kereta Sewa murah di Tawau
Kereta Sewa Paling Murah di Tawau

Salam 1 Malaysia dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Penyedia servis kereta sewa yang paling murah di Tawau. Dah masuk bulan Disember kan? Kejap saja masa berlalu. Tak lama lagi kita akan meninggalkan tahun 2017. Masuk tahun 2018 nanti genaplah sudah 6 tahun kami memberi perhidmatan kereta sewa di Tawau. Banyak kenangan sepanjang 6 tahun tu dan macam-macam ragam manusia yang kami jumpa. Ada yang ok, ada yang tak ok. Biasalah manusia kan.

Tapi yang pastinya kami cukup bangga dan gembira dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua. Kalau ada yang terkurang dan tersalah, kami mohon dimaafkan. Sepanjang bulan Disember ini memang pack sangat jadual kami dengan tempahan para pelanggan. Maklumlah, sekarang musim cuti sekolah. Dan tak lama lagi perayaan Hari Krismas pula akan dirayakan. Jadi sepanjang musim cuti perayaan ni, memang boleh dikatakan fully booked. Terima kasih pada anda semua.

Untuk makluman semua juga, sebenarnya kami kini ada dua nombor telefon yang boleh dihubungi untuk membuat tempahan kereta sewa. Anda boleh memilih untuk berhubung dengan Bro Haikal di talian 01139663963 ataupun dengan Bro Andrew di talian 0149669359. Nak call boleh, nak Whatsapp pun boleh. Tapi kami di Kereta Sewa Tawau J3 lebih prefer Whatsapp sebenarnya. Kalau bercakap ni kadang-kadang boleh jadi miscommunication. Kalau dengan Whatsapp semua jelas tertulis secara black and white. Jadi senang sikit berurusan kan? Tapi terpulanglah dengan tuan/puan sekalian, nak call saja pun boleh juga.

Yang penting jangan lupa, sekiranya perlukan kereta sewa yang paling murah di Tawau, hubungi kami segera di Kereta Sewa Tawau J3 01139663963 / 0149669359. Siapa cepat, dia dapat. Jadi jangan kasi lama. Hubungi kami segera untuk membuat tempahan kereta sewa anda sekarang. 


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)

Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Saturday 12 August 2017

Selamat Datang Ke Tawau

Kereta Sewa Murah di Tawau


Selamat datang ke Tawau dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3. Bulan Ogos ni memang ramai sungguh pengunjung yang datang ke Tawau. Mungkin ada yang datang atas urusan kerja. Mungkin ada juga yang datang atas urusan keluarga ataupun urusan peribadi. Apapun urusan yang membawa anda datang ke Tawau, kami di sini mengalu-alukan kedatangan anda semua.

Ramai yang datang memang memerlukan perkhidmatan kereta sewa. Mudah sikit bergerak kan kalau ada kereta. Nak ke mana-mana pun senang. Boleh bergerak ikut "time" kita sendiri dan yang paling penting tak menyusahkan orang lain. Betul tak?

Bagi yang datang ke Tawau atas urusan kerja, urusan peribadi dan lain-lain, silalah hubungi kami sekiranya anda memerlukan perkhidmatan kereta sewa yang murah pada harga yang super-duper amazing. Kami tahu, banyak kos yang perlu dikeluarkan kalau mahu menyewa kereta. Tapi di Kereta Sewa Tawau J3 anda tidak perlu risau. Kadar sewa yang kami tawarkan memang mesra bajet dan mampu bayar. Tak percaya? Cuba semak Rate Sewa Kereta Sewa Tawau J3 ni.

Sekiranya anda berpuashati dengan rate sewa yang kami tawarkan, boleh terus hubungi kami di talian 011-3966-3963 atau 014-9669-359 untuk membuat tempahan segera. Call/sms/whatsapp semua dilayan. Anda juga boleh buat tempahan melalui Whatsapp tanpa perlu save no telefon kami di sini Tempahan Instant Kereta Sewa Tawau J3

Jadi tunggu apa lagi? Makin cepat anda buat tempahan, makin mudah anda dapatkan kereta. Kereta pun laju saja keluar setiap masa. Jadi siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 30 June 2017

Kereta Sewa Tawau J3 Ada No. HP Baharu

Call Kereta Sewa Murah Di Tawau


TERKINI- Makluman kepada semua pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 yang dihormati. Bagi meningkatkan mutu perkhidmatan kami, dengan ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 mengumumkan satu tambahan nombor telefon yang baru untuk kemudahan anda semua. Selain dari nombor utama kami di 0149669359, anda kini juga boleh menghubungi kami di talian 01139663963.

Ini sudah tentu menjadi "good news" kepada anda semua kan? Kami sedia maklum dengan rungutan anda tentang betapa sukarnya kami menjawab panggilan kan? Maaf sangat-sangat. Kadang-kadang dalam 1 hari hari begitu banyak panggilan yang kami terima, belum ditambah lagi dengan sms, whatsapp dan juga messenger. Jadi bayangkan lah betapa tidak menang tangan kami menangani perkara itu semua.

Dengan adanya tambahan nombor baharu ini kami di Kereta Sewa Tawau J3 berharap semua panggilan anda dapat kami layani dengan cepat dan dengan cara yang terbaik sekali. Jadi sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang best di Tawau ini dengan kadar yang murah, sila hubungi kami di 0149669359 / 01139663963, confirm dilayan bah kalau kau ;) 



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Saturday 29 April 2017

Tempah Kereta Sewa Di Tawau Secara Online

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua supporters Kereta Sewa Tawau J3 yang kami kasihi. Pagi ini kami ada sedikit kelapangan untuk berkongsi tips bagaimana hendak membuat tempahan kereta sewa dengan kami melalui borang online. Kami sebenarnya sangat menggalakkan tempahan online kerana ada bukti "bertulis" antara customer dengan kami tentang tempahan yang dilakukan, Kalau main cakap mulut sahaja, kadang-kadang susah juga. Betul tak?

Jadi hari ini kami akan sediakan di bawah ini, borang online kami yang boleh digunakan untuk menempah kereta sewa terus kepada kami. Ianya memang mudah, cepat dan pantas. Kalau tak percaya, cubalah. Selain dari itu, anda juga boleh menghantar tempahan kereta sewa kepada kami melalui Whatsapp. Cuma perlu klik pada link http://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my dan akan terus dapat menghantar tempahan kereta sewa kepada kami melalui Whatsapp tanpa perlu save dahulu no. telefon kami.  Mudahkan? Jadi tunggu apa lagi? Kini sudah ada dua cara mudah untuk membuat tempahan kereta sewa di Kereta Sewa Tawau J3. Jadi jangan berlengah lagi. Sila buat tempahan anda sekarang ;)     
                          

Saturday 15 April 2017

Kereta Sewa pilihan ramai di Tawau

Selamat sejahtera! Dah lama kami tak online. Manalah tahu ada yang terlupa, kami merupakan Kereta Sewa Tawau J3 iaitu sebuah syarikat kereta sewa yang sentiasa menjadi pilihan ramai di Tawau. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Pada regular customer yang sentiasa menyokong kami, trimas for your support! Tanpa anda semua, siapalah kami. Beberapa bulan ini kami sangat sibuk mengaturkan tempahan kereta sewa yang begitu banyak. Maaf seandainya ada yang tak sempat kami uruskan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa cuba memberi yang terbaik pada anda semua.

Sejak 2017 ini kami dapati begitu ramai pemyewa dari luar negara yang menyewa kereta dengan kami. Ada yang datang dari Poland, Jepun, Ukraine, Italy dll. Kami bersyukur kerana sentiasa menjadi pilihan walaupun kami cuma sebuah syarikat kereta sewa yang biasa-biasa saja di Tawau ini. Penyewa dari Malaysia juga semakin hari semakin bertambah. Sokongan seperti ini membuat kami berasa sungguh terharu dan ingin berusaha lebih lagi untuk anda semua. Kalau boleh kami ingin mengucapkan terima kasih satu-persatu kepada anda semua, kalaulah boleh kan? Di bawah ini kami ingin kongsikan gambar penyewa kereta kami yang sempat kami ambil baru-baru ini. 

Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau J3

Kalau boleh kami ingin kogsikan semua wajah-wajah gembira semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Mana yang sempat, pasti kami akan kongsikan pada semua. Kepada anda yang ingin menjadi sebahagian dari penyewa kereta kami, silakan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, cuma kami janjikan kereta sewa untuk kemudahan anda, pada harga sewa yang tidak membebankan sama sekali. Itu janji kami. Sekiranya berminat dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami sediakan di Bandar Tawau ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sma/whatsapp) atau klik Borang Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3 . Terima kasih ya, dan teruskan sokongan anda ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Sunday 12 February 2017

Tips Memandu Dalam Hujan oleh Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau


Best kan bermain dalam hujan? Tetapi bagaimana pula kalau memandu dalam hujan? Dalam hujan lebat pula tu. Best ke? Bagi sesetengah orang, memandu dalam hujan adalah satu kebimbangan. Secara purata terdapat lebih daripada 45,000 kemalangan setiap tahun akibat dari keadaan jalanraya yang licin dan basah, menyebabkan kira-kira 4,700 kematian dan kecederaan.

Tetapi untuk pengetahuan semua, memandu di dalam hujan yang lebat tidak perlu menjadi pengalaman yang mengerikan. Di sini, Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsikan tips dari Brent Praeter, seorang jurulatih dan pakar pemanduan untuk membantu anda memandu kereta anda, mahupun kereta sewa anda dalam keadaan hujan yang sangat lebat:

Tips pertama, Berfikir. Nampak seperti mudah kan? "Ramai orang memandu separa sedar, kerana kebiasaan," kata Praeter. "Dan apabila hujan, mereka sering tidak mengubah pemikiran mereka." Apabila keadaan adalah kurang daripada yang ideal terutamanya ketika hujan sangat lebat, pemandu perlu sentiasa berwaspada, fokus dan memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jangan lalai dan mengelamun. Fokus dan fikirkan tentang keadaan sekeliling. 

Tips kedua, Menghidupkan lampu kereta. Menghidupkan lampu kereta apabila jarak penglihatan adalah rendah adalah satu tindakan yang boleh menyelamatkan nyawa ketika memandu di dalam hujan lebat. Ini akan memastikan kereta yang bergerak di hadapan dan belakang anda sedar tentang kedudukan kereta yang anda pandu. Ia dapat mengelakkan berlakunya perlanggaran ketika memandu dalam hujan yang sangat lebat. Praeter juga turut mengatakan bahawa wipers kereta mesti berkeadaan baik dan tayar juga tidak botak bagi memastikan anda sentiasa selamat ketika memandu dalam hujan.

Tips ketiga, Berhati-hati dengan hidroplaning. Itulah istilah teknikal bagi apa yang berlaku apabila tayar anda bergeser di atas permukaan lapisan air berbanding bergeser dengan jalanraya itu sendiri. Apabila hydroplaning berlaku, kereta anda akan mula tergelincir tanpa kawalan. Dengan hanya 1/12 inci lapisan air hujan di jalanraya dan kelajuan hanya lebih daripada 35 batu sejam, anda boleh mengalami hydroplaning. Jadi pandu kereta dengan perlahan ketika berada di dalam hujan. Jika anda mula hydroplane, jangan panik dan sila lepaskan pedal minyak perlahan-lahan dan teruskan memandu tanpa menekan minyak sehingga anda mendapatkan semula kawalan kereta anda.

Okey, mudah kan? Diharapkan perkongsian tips ini akan dapat membantu anda semua apabila memandu di dalam hujan nanti. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang dapat membantu anda memandu dengan selamat di dalam hujan, sekaligus dapat menjimatkan duit sewa kereta, jangan segan dan jangan malu dan terus sahaja hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359 / 011-3966-3963. Kami menyediakan pelbagai jenis kereta sewa pada harga yang cukup murah untuk anda semua. 


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 / 011-3966-3963 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459