Friday, 9 December 2016

Kereta Sewa Di Tawau Semasa Musim Cuti Sekolah

Kereta Sewa Murah Tawau


Apa khabar semua?? Dah lama kami tak jenguk blog ni. Maklumlah, sibuk dengan urusan kereta sewa bagi semua pelanggan-pelanggan kami di Tawau. Terima kasih atas sokongan ya. Sedar tak sedar sekarang dah hujung tahun dan kita sekarang sedang berada di musim cuti sekolah. Kanak-kanak semua mesti seronok kan? Bagi ibubapa yang membawa anak-anak ke Tawau untuk bercuti atau melawat keluarga, jangan lupa hubungi Kereta Sewa Tawau J3 untuk mendapatkan kereta sewa yang paling murah di Tawau ya.

Sejak last sekali kami post di blog ini 6 bulan yang lepas, begitu banyak yang telah berlaku. Tapi yang pastinya semua yang baik-baik saja. Pelanggan semakin ramai, cuma kereta sewa kami saja yang tidak mencukupi. Kadang-kadang ada tempahan yang terpaksa kami tolak kereta tiada kereta sudah yang dapat kami berikan. Mohon maaf ya. Kami akan berusaha menambah kereta-kereta sewa kami di masa depan untuk kemudahan anda semua.

Apa pun, kami sentiasa open untuk tempahan. Tapi jangan tempah last minit ya, itu memang confirm susah sikit mau dapat kereta tu. Ada baiknya kalau buat tempahan awal. Untuk bulan Disember ini, seperti biasa tempahan yang kami terima memang berlipat-ganda. Apa pun, masih ada kekosongan lagi. Pada yang berminat menempah kereta sewa murah di Tawau, jangan lupa SMS/WHATSAPP Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359. Siapa cepat, dia dapat yea. Oh ya, kenapa SMS/WHATSAPP saja? Nak call tak bolehkah? Begini, kami belajar dari kesilapan. Banyak yang telah kami pelajari. Bila call, perbualan verbal, kadang-kadang apa yang kami sampaikan tidak seperti yang diterima (difahami) pelanggan. Lepas tu nanti timbul isu "eh, hari tu bukan kamu cakap begini kah?" Jadi untuk elakkan misunderstanding, kami sekarang prefer black and white, bertulis. Anything nanti, boleh refer semula pada thread perbualan. Mudah kan? Jadi untuk tempahan seterusnya, sila SMS/WHATSAPP kami di talian 014-9669-359 ya. Terima kasih dan teruskan memberi sokongan.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment