Thursday 11 February 2016

Video Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3



Ini merupakan video pelanggan kami di Kereta Sewa Tawau J3 yang telah kami muat-naik ke youtube baru-baru ini. Kami sedar betapa pentingnya sokongan pelanggan-pelanggan kami selama ini. Tanpa sokongan mereka, kami pasti akan gulung tikar. Jadi terima kasih banyak kami ucapkan pada mereka yang telah menyewa kereta dengan kami sebelum ini. Sokongan anda semua amat bermakna pada kami.

Kami sebenarnya suka menangkap gambar-gambar pelanggan kami sebagai kenang-kenangan. Dan sebahagian dari gambar-gambar itu pernah kami siarkan di blog ini dan juga di Facebook Kereta Sewa Tawau J3. Memandangkan proses membuat video begitu mudah sekarang ni, maka kami pun mengambil kesempatan mengabadikan sebahagian kecil gambar-gambar ini ke dalam bentuk video. Untuk makluman, kami buat slideshow video ini menggunakan handphone sahaja. Tapi kami berpuashati dengan hasilnya.

Apa pun, terima kasih yang tidak terhingga kepada "bintang" sebenar video ini kerana memilih kami sebagai pembekal kereta sewa mereka. Sokongan mereka, termasuk semua pelanggan-pelanggan kami dari dahulu sehingga sekarang begitu penting kepada kami di Kereta Sewa Tawau J3. Teruskan sokongan anda semua. Tanpa sokongan anda, maka sukar bagi kami untuk meneruskan perkhidmatan kereta sewa yang murah di Tawau ini. Teruskan memberi sokongan dan terima kasih atas segalanya ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment