Friday 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3. Ini merupakan post pertama kami di tahun 2016. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami di sepanjang tahun 2015. Mohon maaf atas salah dan silap dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Percayalah, sokongan anda semua menjadi inspirasi kepada kami untuk membuat yang lebih baik pada tahun ini.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menambahkan lagi bilangan kereta sewa kami. Di tahun lepas kami melihat sendiri begitu ramainya penyewa kereta yang terpaksa kami tolak akibat dari kekurangan kereta. Tahun ini kami mengambil keputusan untuk tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi. Kereta sewa yang bakal kami tambah adalah kereta-kereta yang "popular" di kalangan penyewa-penyewa semua.

Di tahun 2015 ada beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan kami memudahkan semua pelanggan membuat tempahan. Antaranya, kami memperkenalkan sistem booking online dan juga sistem mobile booking. Di mana para pelanggan hanya perlu mengisi butiran di borang tempahan online bagi mendapatkan kereta sewa yang diingini. Pada tahun ini mungkin akan ada lagi inovasi yang kami akan lakukan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan dan akan kami umumkan secara berperingkat.

Apa yang pasti, tahun 2015 merupakan tahun yang hebat untuk Kereta Sewa Tawau J3. Kami mengharapkan sokongan yang padu dari anda semua bagi tahun ini untuk membolehkan kami meneruskan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau. Akhir kata, terima kasih atas sokongan yang diberikan pada tahun 2015 dan semoga anda semua dimurahkan rezeki.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment