Monday 18 January 2016

Penyewa Kereta Dari Luar Negara

Kereta Sewa Tawau Yahoo Answer

Semenjak dua menjak ini begitu ramai penyewa kereta dari luar negara yang telah menyewa kereta di Kereta Sewa Tawau J3. Terharu ada, bangga pun ada. Kami tak sangka yang kami, sebuah syarikat kereta sewa kecil-kecilan ini mendapat tempat di hati para penyewa dari luar negara. Salah satu faktor yang banyak membantu "kewujudan" kami di mata mereka adalah laman blog J3 Tawau Car Rental yang berbahasa Inggeris dan juga facebook page J3 Tawau Car Rental yang juga dalam bahasa Inggeris.

Kalau laman blog atau facebook page kami ditulis dalam bahasa kebangsaan sahaja, mungkin agak sukar juga bagi kami mewujudkan "presence" syarikat kereta sewa kami pada para penyewa dari oversea ini. Jadi laman blog dan facebook group yang ditulis dalam Bahasa Inggeris memang sangat-sangat membantu kami.

Sebenarnya kami seronok menyewakan kereta pada pelanggan-pelanggan dari luar negara ni. Mereka tidak lokek dengan pujian kalau berpushati dengan servis yang kita berikan. Dan mereka juga tidak akan teragak-agak merekomen kita pada sesiapa kalau mereka telah mendapat servis yang bagus dari kita. Contoh boleh dilihat pada gambar diatas (klik untuk lihat lebih jelas). Kami telah "disebut" oleh pelanggan yang pernah menyewa kereta dengan kami dan dia juga sudi merekomen kami pada orang lain. Ini membuat kami semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Ini kerana orang akan sentiasa ingat pengalaman yang kita berikan pada mereka.

Pada penyewa dari dalam negara juga berbanyak terima kasih kami ucapkan. Ramai yang menelefon kami disebabkan ada kawan yang bagi no. telefon kami pada mereka. Dan kawan itu pernah juga menyewa kereta dengan kami. Walaupun kadang-kadang orang kita tak terang-terang puji servis yang kita berikan, tapi mereka tetap akan rekomen kita pada kawan-kawan kalau ada kawan mereka yang memerlukan. Jadi kami memang agak bertuah kerana sentiasa menjadi "recommendation" dari yang pernah menyewa dengan kami.

Kepada yang belum pernah menyewa kereta dengan Kereta Sewa Tawau J3, kami alu-alukan anda semua cuba perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan. Objektif kami satu sahaja, mahu membantu mereka yang betul-betul memerlukan khidmat kereta sewa di Tawau pada bajet rendah. Kalau anda semua mencari kereta sewa yang murah dan mampu bayar di Tawau, sila hubungi kami segera di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp). Kami bersedia membantu anda :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
Tempahan Online
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment