Monday 25 January 2016

Penyewa Kereta Dari Luar Negara 2.0



Selain dari penyewa kereta di dalam negara, Kereta Sewa Tawau J3 juga memberikan perkhidmatan kereta sewa kepada penyewa kereta dari luar negara. Pada mulanya,  kami segan juga. Mana lah tahu sekiranya mereka yang dari luar negara ini mempunyai high expectation ataupun mempunyai permintaan yang tinggi yang tidak mampu kami tunaikan. Tapi syukurlah, selama kami menjalankan bisnes kereta sewa ini, belum ada lagi pelanggan dari negara luar ini yang boleh dikategorikan sebagai "fussy customer" semua baik-baik belaka.

Pelanggan luar negara yang pertama menyewa kereta sewa kami adalah Mr. Luigi dari Italy. Masa mula-mula menghantar kereta kepada beliau di sebuah hotel di bandar Tawau ini, kami agak gementar juga. Maklumlah, customer orang putih yang pertama. Ada bermacam-macam perkara bermain di minda.Yang lucunya, Mr. Luigi ni tak fasih sangat berbahasa Inggeris. Bila berbahasa Inggeris pula, slang Italy dia tu terlalu pekat sampai kami sukar betul memhami apa yang dia cuba sampaikan pada kami. 

Dipendekkan cerita, kami berjaya juga lah menghantar kereta yang ingin disewanya tanpa sebarang masalah. Masa tu dia sewa kereta kancil. Sebabnya dia nak kereta yang paling murah yang boleh kami berikan pada masa itu. Selama 4 hari dia sewa kereta kami, memang tiada masalah yang timbul, tiada komplen atau apa-apa yang tak baik. Semuanya bagus sahaja. Bila dia kembalikan kereta itu di airport Tawau dengan senyuman, kami LEGA sangat. 

Semenjak dari hari itu, kami dah mula menawarkan perkhidmatan kereta sewa kami secara meluas kepada mereka yang ada di luar Malaysia. Kami menulis blog dalam Bahasa Inggeris, kami ada Facebook page dalam Bahasa Ingggeris dan kami pun ada video di youtube dalam Bahasa Inggeris. Jadi pada masa itu, kami memang sudah bersedia untuk menerima tempahan dari luar negara. Bila dah ramai pelanggan dari luar negara ni, timbul pula masalah kekurangan kereta. Memang ramai yang terpaksa kami tolak apabila tiada kereta yang available

Apa pun kami akan usahakan agar kereta sewa kami akan sentiasa mencukupi untuk pelanggan-pelanggan kami, tak kira lah dari dalam negara atapun luar negara. Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3, anda semua adalah sahabat kami. Terima kasih kerana menyokong kami selama ini ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Monday 18 January 2016

Penyewa Kereta Dari Luar Negara

Kereta Sewa Tawau Yahoo Answer

Semenjak dua menjak ini begitu ramai penyewa kereta dari luar negara yang telah menyewa kereta di Kereta Sewa Tawau J3. Terharu ada, bangga pun ada. Kami tak sangka yang kami, sebuah syarikat kereta sewa kecil-kecilan ini mendapat tempat di hati para penyewa dari luar negara. Salah satu faktor yang banyak membantu "kewujudan" kami di mata mereka adalah laman blog J3 Tawau Car Rental yang berbahasa Inggeris dan juga facebook page J3 Tawau Car Rental yang juga dalam bahasa Inggeris.

Kalau laman blog atau facebook page kami ditulis dalam bahasa kebangsaan sahaja, mungkin agak sukar juga bagi kami mewujudkan "presence" syarikat kereta sewa kami pada para penyewa dari oversea ini. Jadi laman blog dan facebook group yang ditulis dalam Bahasa Inggeris memang sangat-sangat membantu kami.

Sebenarnya kami seronok menyewakan kereta pada pelanggan-pelanggan dari luar negara ni. Mereka tidak lokek dengan pujian kalau berpushati dengan servis yang kita berikan. Dan mereka juga tidak akan teragak-agak merekomen kita pada sesiapa kalau mereka telah mendapat servis yang bagus dari kita. Contoh boleh dilihat pada gambar diatas (klik untuk lihat lebih jelas). Kami telah "disebut" oleh pelanggan yang pernah menyewa kereta dengan kami dan dia juga sudi merekomen kami pada orang lain. Ini membuat kami semakin bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Ini kerana orang akan sentiasa ingat pengalaman yang kita berikan pada mereka.

Pada penyewa dari dalam negara juga berbanyak terima kasih kami ucapkan. Ramai yang menelefon kami disebabkan ada kawan yang bagi no. telefon kami pada mereka. Dan kawan itu pernah juga menyewa kereta dengan kami. Walaupun kadang-kadang orang kita tak terang-terang puji servis yang kita berikan, tapi mereka tetap akan rekomen kita pada kawan-kawan kalau ada kawan mereka yang memerlukan. Jadi kami memang agak bertuah kerana sentiasa menjadi "recommendation" dari yang pernah menyewa dengan kami.

Kepada yang belum pernah menyewa kereta dengan Kereta Sewa Tawau J3, kami alu-alukan anda semua cuba perkhidmatan kereta sewa yang kami berikan. Objektif kami satu sahaja, mahu membantu mereka yang betul-betul memerlukan khidmat kereta sewa di Tawau pada bajet rendah. Kalau anda semua mencari kereta sewa yang murah dan mampu bayar di Tawau, sila hubungi kami segera di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp). Kami bersedia membantu anda :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
Tempahan Online
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday 12 January 2016

Sewa Kereta Perodua Kancil Di Tawau

Kereta Sewa Tawau - Kancil


Anda berminat nak sewa kereta Perodua Kancil di Tawau? Jangan susah hati. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 ada menyediakan kereta ini untuk sewaan anda semua. Di awal tahun 2016 kami ada mengatakan yang kami akan menambah bilangan kereta sewa akibat dari permintaan yang begitu tinggi. Kereta Perodua Kancil ini merupakan antara kereta yang telah kami tambahkan jumlahnya di dalam senarai kereta sewa kami. Sewa kereta Perodua Kancil ini dijamin murah. Berikut adalah rate sewa kereta ini:

1-2 hari : RM70/hari
3-6 hari : RM60/hari
7 hari ke atas : RM50/hari

Sekiranya anda menyewa kereta ini lebih dari sepuluh hari, kami akan berikan anda menggunakannya selama 24 jam secara percuma sahaja. Seperti biasa, jika ingin menyewa kereta ini, boleh hubungi kami segera di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp) atau klik butang merah di sebelah kanan atas laman blog ini bagi membuat tempahan secara online. Suka kami nasihatkan agar anda semua membuat tempahan awal jika ingin menyewa kereta dengan kami bagi mengelakkan kekecewaan. 

Sekiranya memerlukan kereta-kereta lain selain dari kereta Perodua Kancil ini, boleh semak jenis dan rate kereta-kereta sewa kami yang dalam laman blog ini juga. Sila lihat tab di atas. Apa pun kereta yang anda pilih untuk disewa, kami beri jaminan harga yang rendah, murah dan mampu dibayar. Jadi silakan "explore" laman blog kami ini. Dan hubungi kami dengan segera untuk membuat tempahan yang pantas. Siapa cepat, dia dapat ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
Tempahan Online
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 1 January 2016

Selamat Tahun Baru 2016

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3. Ini merupakan post pertama kami di tahun 2016. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami di sepanjang tahun 2015. Mohon maaf atas salah dan silap dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Percayalah, sokongan anda semua menjadi inspirasi kepada kami untuk membuat yang lebih baik pada tahun ini.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menambahkan lagi bilangan kereta sewa kami. Di tahun lepas kami melihat sendiri begitu ramainya penyewa kereta yang terpaksa kami tolak akibat dari kekurangan kereta. Tahun ini kami mengambil keputusan untuk tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi. Kereta sewa yang bakal kami tambah adalah kereta-kereta yang "popular" di kalangan penyewa-penyewa semua.

Di tahun 2015 ada beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan kami memudahkan semua pelanggan membuat tempahan. Antaranya, kami memperkenalkan sistem booking online dan juga sistem mobile booking. Di mana para pelanggan hanya perlu mengisi butiran di borang tempahan online bagi mendapatkan kereta sewa yang diingini. Pada tahun ini mungkin akan ada lagi inovasi yang kami akan lakukan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan dan akan kami umumkan secara berperingkat.

Apa yang pasti, tahun 2015 merupakan tahun yang hebat untuk Kereta Sewa Tawau J3. Kami mengharapkan sokongan yang padu dari anda semua bagi tahun ini untuk membolehkan kami meneruskan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di daerah Tawau. Akhir kata, terima kasih atas sokongan yang diberikan pada tahun 2015 dan semoga anda semua dimurahkan rezeki.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459