Thursday 24 December 2015

Selamat Hari Krismas dari Kereta Sewa Tawau J3



Selamat Hari Krismas dari kami di Kereta Sewa Tawau J3. Sebagai rakyat Malaysia yang duduk di negara yang berbilang bangsa, agama dan keturunan; adalah menjadi satu kebanggaan pada kita kerana dapat merayakan pelbagai jenis perayaan di negara kita ini.

Janganlah kerana perbezaan kita berpecah-belah, tapi jadikanlah perbezaan itu sebagai satu keunikan yang menyatukan kita semua. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 berbesar hati mengucapkan selamat Hari Krismas kepada semua rakan-rakan di seluruh Malaysia yang merayakan Hari Krismas. Semoga sambutan Krismas 2015 disambut dengan meriah disamping Keluarga yang tersayang. Sekiranya rakan-rakan memerlukan kereta sewa untuk mengunjungi rumah sanak-saudara di Tawau sempena Krismas ini, jangan lupa hubungi kami di talian 014-966-359 (call/sms/whatsapp). Merry Christmas ya kawan2 ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday 10 December 2015

Pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 Yang Ohsem

Tawau Car Rental Supporters

Ini lah antara pelanggan kereta sewa Tawau J3 yang ohsem itu. Kami sangat gembira dan berbesar hati kerana sentiasa menjadi pilihan mereka-mereka yang datang ke Tawau untuk percutian, mahupun untuk bekerja. 

Kereta sewa yang kami tawarkan adalah yang paling murah di seluruh Tawau. Makin lama anda sewa kereta dengan kami, makin murah sewa yang perlu anda bayar. Untuk membuat tempahan, seperti biasa, hubungi kami di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp). Selain itu, anda juga boleh membuat tempahan online dengan menekan butang tempahan online berwarna merah di sebelah kanan atas laman blog ini. Mudah sahaja.

Apa yang perlu anda sediakan untuk kalau hendak menyewa kereta kami? Kami cuma perlukan 2 jenis dokumen iaitu salinan kad pengenalan anda dan juga salinan lesen memandu anda. Tak lupa juga, full payment semasa mengambil kereta sewa. Jadi sekiranya hendak menyewa kereta dengan kami, pastikan dokumen yang kami minta disediakan dengan selengkapnya ya ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459