Tuesday 17 November 2015

Tempat Menarik di Tawau

Tawau Car Rental at Tawau Hill Park

Ada banyak tempat menarik di Tawau, antaranya adalah Taman Bukit Tawau (juga dikenali sebagai Tawau Hill Park atau Table). Bagi pencinta alam, Taman Bukit Tawau adalah satu tempat yang wajib dilawati. Kawasan ini merupakan kawasan 100% flora dan fauna, dan tidak tercemar dengan pembangunan. Berbanding dengan Maliau Basin dan Lembah Danum, kos untuk melawat Taman Bukit Tawau adalah jauh lebih murah. Bayaran masuk adalah seperti berikut:

Pemegang Mykad 18 tahun ke bawah : RM1.00
Pemegang Mykad 18 tahun ke atas : RM3.00
Warganegara asing 18 tahun ke bawah: RM6.00
Waganegara asing 18 tahun ke atas: RM10.00

Jadi apa yang menarik sangat di Taman Bukit Tawau? Salah satu sebab kenapa begitu ramai orang pergi ke sana adalah untuk berkelah di kawasan sekitar air terjunnya yang amat cantik dan memukau pandangan mata.

Air Terjun Taman Bukit Tawau
 

Cantik kan? Bukan setakat air terjun ini saja yang cantik, tapi setiap langkah menuju ke pusat air terjun ini anda pasti akan dihidangkan dengan pemandangan yang hijau dan nyaman. Tapi, hati-hati ketika melangkah ya, ini kerana di sepanjang jalan Taman Bukit Tawau, ada kawasan yang banyak lintah. Kalau boleh, pakai lah stoking yang panjang bagi mengelakkan lintah-lintah ini melekat di kulit anda. 

Pokok tropika tertinggi di dunia

Selain daripada air terjun yang cantik dan keindahan flora, Taman Bukit Tawau juga sangat terkenal kerana merupakan "rumah" bagi pokok tropika yang tertinggi di dunia. Ketinggian pokok ini mencecah 88.34 meter dan mempunyai akar gergasi yang sangat besar. Sudah ramai pelancong dari dalam dan luar negera yang ber-selfie dan ber-wefie di depan pokok ini. Anda bila lagi?

Untuk pergi ke Taman Bukit Tawau, anda boleh menaiki teksi dengan bayaran RM30 (sehala). Memandangkan tempat ini agak jauh dari bandar, jadi memang tidak ada pengangkutan awam berjadual yang masuk ke sana. Sekiranya naik teksi, pastikan anda membuat janji dengan pemandu teksi untuk mengambil anda semasa pulang.

Selain teksi, anda juga boleh menyewa kereta. Untuk mendapatkan kereta sewa bajet bagi membawa anda ke Taman Bukit Tawau, boleh hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3. Kami menawarkan pelbagai jenis kereta untuk kemudahan anda seisi keluarga. Rate sewa dijamin murah. Jika berminat naik kereta sewa ke Taman Bukit Tawau, sila dail 014-9669-359 ataupun klik butang tempahan di atas untuk membuat online booking dengan pantas.

Apa pun cara pengangkutan yang anda pilih, jangan sampai terlepas peluang melawat tempat yang menarik di Tawau ini semasa cuti sekolah nanti. Anda pasti kagum, percayalah.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment