Thursday 22 October 2015

Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau

Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau

Kini Kereta Sewa Tawau J3 sudah mempunyai aplikasi booking (android) untuk membuat tempahan kereta sewa terus dari smartphone anda. Tidak perlu lagi call, sms atau whatsapp. Tidak perlu lagi buka laptop untuk mengisi online booking form, tidak perlu lagi susah-susah semata-mata nak buat tempahan kereta sewa dengan kami.

Anda hanya perlu download aplikasi ini dengan mengimbas QR code yang ada di dalam gambar diatas. Selain itu juga ada boleh download Aplikasi Booking Kereta Sewa Tawau di sini. Kami tahu ramai yang sibuk dengan aktiviti seharian. Dengan adanya aplikasi ini anda semua boleh membuat tempahan kereta sewa dengan mudah dan pantas.

Apabila anda membuat  tempahan menggunakan aplikasi booking itu, segala butiran yang anda submit akan terus dihantar pada kami serta-merta. Kami akan membuat semakan kekosongan kereta sewa berdasarkan tarikh sewaan yang anda pilih. Sekiranya ada atau tiada kekosongan, kami akan maklumkan anda dalam tempoh 5-10 minit selepas menerima booking notification dari anda. Cepat kan?

Jadi pada yang ada smartphone, kami amat menggalakkan anda semua menggunakan aplikasi ini untuk membuat tempahan di Kereta Sewa Tawau J3. Ia bakal menjimatkan masa kita semua. Pun begitu, kami masih lagi menerima sms, whatsapp dan panggilan telefon di talian 014-9669-359 seperti biasa. Apa pun cara anda membuat tempahan, kami tetap menerimanya dengan hati yang gembira :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trade.enterprise@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 16 October 2015

Kereta Sewa Tawau Yang Tip-Top

Rekod pemeriksaan kereta sewa Tawau


Berminat nak dapatkan kereta sewa Tawau yang tip-top? Setiap kali seseorang menyewa sebuah kenderaan, mereka mahukan yang bagus, yang terbaik. Sebagai sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan "Car Rental" di Tawau, kami memang sedia maklum mengenai perkara itu. Atas dasar itu, kami memang sentiasa memastikan kereta kami berada dalam kondisi yang memuaskan sebelum ianya dihantar kepada pelanggan.

Bagaimana cara kami memastikan kereta kami berada dalam keadaan yang terbaik? Lihat gambar di atas. Itu merupakan checklist pemeriksaan kereta sewa di J3 Trade Enterprise, iaitu syarikat kami. Setiap hari Isnin dan Rabu merupakan hari pemeriksaan kereta. Kami akan memastikan bahagian dalam dan luar kereta serta semua fungsi kereta berada dalam keadaan yang terbaik. Selain pemeriksaan sebanyak 2 kali seminggu, kami juga akan membuat pemeriksaan berdasarkan checklist sejurus sebelum kereta disewakan kepada pelanggan.

Dahulu sebenarnya kami tidak melakukan pemeriksaan secara standard sebegini. Tetapi memandangkan ini merupakan satu-satunya cara untuk memastikan pelanggan kami mendapat yang terbaik dan mendapat kereta sewa yang tip-top, maka kami mengambil keputusan untuk melaksanakannya. Kami sangat berharap semua pelanggan kami akan berpuashati dengan kereta yang mereka sewa dari kami.

Untuk makluman, kami membekalkan kereta sewa bukan sahaja kepada individu, tetapi juga kepada para pelanggan yang terdiri dari syarikat-syarikat yang ada di dalam Malaysia ini. Jadi seharusnya kami menjaga kualiti kereta-kereta kami agar tidak ada yang meraasa rugi menyewa kereta dengan kami. Sewa kereta yang kami tawarkan memang yang paling murah di seluruh Tawau, tapi walaupun murah, kondisi kereta tetap yang paling hebat.

Untuk mendapatkan kereta sewa di Tawau yang tip-top dari kami, anda semua boleh membuat tempahan secara online melalui butang tempahan yang ada di laman blog ini. Selain itu anda juga boleh menghantar emel ke j3trade.enterprise@gmail.com bagi membuat tempahan. Untuk info lanjut atapun fast booking, boleh terus hubungi kami di talian 014-9669-359 (call/sms/whatsapp).


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Saturday 10 October 2015

Tempahan Kereta Sewa Online



Sudah ramai yang membuat tempahan kereta sewa secara online di Kereta Sewa Tawau J3. Untuk makluman, kami telah melancarkan borang tempahan online ini dua minggu yang lepas. Ini bagi memudahkan mereka yang tidak ada masa membuat panggilan telefon kepada kami bagi menempah kereta sewa.

Pada awalnya tempahan secara online hanya boleh dibuat di laman blog rasmi kami di J3 TRADE ENTERPRISE. Tapi memandangkan ramai juga selalu datang ke laman blog KERETA SEWA TAWAU J3 di sini, jadi kami pun mengambil keputusan untuk meletakkan butang tempahan di laman ini. Anda boleh melihat butang tempahan di sebelah kanan atas laman blog ini. Apabila klik sahaja, anda akan dibawa ke borang tempahan kereta sewa kami.

Di borang itu anda hanya perlu mengisi beberapa maklumat seperti nama dan jenis kereta yang ingin disewa. Klik submit dan kami akan uruskannya dari situ. Borang tempahan ini juga boleh dilihat di Facebook Page kami di KERETA SEWA TAWAU J3 FACEBOOK PAGE. Kami letakkan di semua tempat bagi memudahkan anda terus membuat tempahan.

Pun begitu, kami tetap masih boleh dihubungi di talian rasmi kami di 014-9669-359. Anda boleh menelefon dan hantar mesej dan Whatsapp melalui talian yang kami berikan itu. Apa pun cara yang anda gunakan bagi menghubungi kami, kami tetap akan bersedia melayan pertanyaan ataupun tempahan anda semua. Jadi jangan lupa hubungi kami sekiranya anda perlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: http://www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459