Tuesday 18 August 2015

Sewa Kereta Proton Saga Plus di Tawau

Sewa Kereta Proton Saga Plus di Tawau

Berminat nak sewa kereta Proton Saga Plus di Tawau? Kami di Kereta Sewa Tawau J3 mungkin akan menyewakan kereta ini pada anda semua tidak lama lagi. Nantikan berita dari kami ya. Sebelum itu, mesti ramai yang keliru sekarang. Proton Saga Plus? Kereta apa tu? Untuk makluman semua, kereta Proton Saga Plus merupakan keluaran terbaru dari PROTON. Jom baca untuk mengetahui lebih lanjut.

Baru-baru ini Proton Holdings Berhad telahpun melancarkan varian baru untuk jenama Kereta Proton Saga mereka iaitu Proton Saga Plus. Proton Saga Plus akan menggantikan Proton Saga SV, Eksekutif dan semua varian SE tanpa sebarang peningkatan harga. Memang ohsem kan. Harga Proton Saga Plus tetap pada RM33,242.40.

Jadi, apa yang  best dengan Saga Plus ni? Untuk harga yang sama dengan Proton Saga SV, anda akan mendapat sebuah kereta yang kelihatan "mahal" dan mempunyai stail Eksekutif. Ini semua ihsan daripada set baru rim 14-inci 100% aloi, kit lengkap atau full body kit (depan, sisi dan belakang), spoiler belakang etc yang diberikan pada rekabentuk kereta Proton Saga Plus ini.

Kuasa bagi menjana Proton Saga Plus adalah enjin 1.3-liter Campro (Inline-four cylinder) yang boleh menghasilkan 94 hp pada 5750 rpm dan 120 Nm tork pada 4000 rpm. Pecutan dari 0-100 km/j akan mengambil masa 13.0 saat sahaja dengan transmisi manual lima kelajuan. Kelajuan maksimum adalah 160 km/j. Proton Saga Plus ditawarkan dalam lima warna berbeza - Tranquility Black, Fire Red, Genetic Silver, Solid White dan Elegant Brown.

Jadi begitulah ceritanya. Proton Saga Plus merupakan kereta Proton yang terbaru yang akan menggantikan Proton Saga SV. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sangat berminat dan tak sabar-sabar untuk menjadikan kereta ini sebagai salah sebuah kereta sewa kami. Agak-agak akan dapat sambutan tak? Jangan risau, kami jamin anda semua boleh sewa kereta Proton Saga plus ini dengan kadar sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Pun begitu, kereta ini belum ada lagi di Tawau semasa artikel ini ditulis kerana ia baru sahaja dilancarkan beberapa hari yang lepas. Tapi tak mengapa, sementara menunggu kehadiran Proton Saga Plus di Tawau, hubungi kami di 014-9669-359 bagi menempah kereta-kereta sewa kami yang lain. Kami jamin sewa yang paling murah di Tawau untuk anda semua. Jadi tunggu apa lagi ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment