Friday, 14 August 2015

Kereta Sewa Bajet Proton Saga LMST



 Antara Kereta Sewa Bajet yang kami tawarkan di Kereta Sewa Tawau J3 adalah Kereta Proton Saga LMST. Anda boleh lihat kadar sewa yang kami tawarkan pada gambar diatas. Memang mampu bayar dan amat murah. Kereta ini mempunyai kapasiti muatan sebanyak 5 penumpang dewasa dan jimat minyak. Jika anda datang ke Tawau dan perlukan kereta sewa sedan pada harga yang rendah, jangan lupa dapatkan kereta sewa bajet Saga LMST ini. Kereta ini sentiasa mencapai status fully booked oleh itu kami sarankan agar anda menghubungi kami dengan segera di talian 014-9669-359 bagi menempah kereta ini secepat mungkin. Selain dari harga sewa yang murah, kereta Proton Saga LMST ini juga merupakan sebuah kereta yang hebat. Tak percaya? Teruskan membaca.

Proton Saga LMST (kereta kebal) telah diperkenalkan pada tahun 2003. Walaupun rekabentuknya luarannya banyak diambil dari Proton Iswara Aeroback, tetapi rekabentuk dalaman kereta Proton Saga LMST ini telah mengalami "total facelift" dan jauh beza dari Kereta Proton Iswara Aeroback sebelumnya. Kereta ini mempamerkan rekabentuk dashboard yang lebih baru dan lebih moden bagi menarik hati para pelanggan. Panel instrumen di dashboard pula lebih eksklusif dan dipaparkan dalam bentuk digital. Kereta yang boleh memuatkan 5 penumpang dewasa ini turut dilengkapi dengan lampu depan/belakang yang baru dan lebih menonjol. Kereta berkuasa 1300cc ini dikatakan jauh lebih hebat dari Iswara sebelumnya kerana ia mempunyai sistem ekzos baru yang mempunyai rating kuasa 83bhp (63 kw).

Pada awal tahun 2007 sahaja kereta Proton Saga LMST telah mencapai jualan sebanyak 15,000 tempahan. Ia berada di tempat kedua di belakang Perodua MYvi sebagai kereta yang terlaris di Malaysia pada tahun itu. Pada tahun 2007 juga Proton telah melakukan sedikit perubahan kosmetik pada rekabentuk keseluruhan Proton Saga LMST. Versi kereta Saga LMST 2007 merupakan versi kereta Proton Saga yang paling ringan dan paling laju diantara semua kereta-kereta Proton yang lain. Ia mampu mencapai kelajuan dari 0-100 dalam masa 12.5 saat dan mempunyai top speed pada kelajuan 185/kmj. Ini merupakan satu pencapaian yang sangat hebat bagi kenderaan yang hanya mempunyai kuasa 1300cc sahaja.

Dah habis baca? Macam mana? hebat tak kereta Proton Saga LMST ni? Memang hebat kan. Sekali lagi, hubungi kami di talian 014-9669-359 untuk menempah kereta sewa bajet Proton Saga LMST ini. Siapa cepat, dia dapat ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment