Friday 31 July 2015

Lagi Pelanggan Yang Berpuashati

Pelanggan J3 Kereta Sewa & Homestay Tawau


Semakin ramai pelanggan yang puashati dengan perkhidmatan kereta sewa & homestay J3. Salah seorang pelanggan yang kami maksudkan adalah Puan Harniza yang telah menyewa kereta Proton Wira selama 3 hari dengan kami. Selain menyewa kereta, Puan Harniza juga turut menyewa homestay kami dari 24 Julai - 27 Julai yang lepas. Kami amat gembira apabila Puan Harniza turut gembira dan berpuashati dengan servis yang kami berikan.

Untuk makluman, Puan Harniza seisi keluarga telah menyewa homestay selama 3 malam disamping meminta servis mengambil mereka di airport semasa hari check-in. Bayaran yang kami minta untuk sewa homestay selama 3 malam + servis pengambilan di airport Tawau adalah amat murah sekali iaitu hanya RM543.00 sahaja. Sewa kereta Proton Wira yang kami tawarkan pula adalah RM85/hari sahaja untuk 3 hari tersebut. Rate tersebut merupakan rate kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau untuk jenis kereta Proton Wira. Jadi anda boleh bayangkan sendiri penjimatan yang telah dapat dibuat oleh Puan Harniza sekeluarga.

Walaupun kadar sewa kami adalah yang paling murah di Tawau, tapi itu tidak bermaksud kami menyediakan perkhidmatan yang cincai dan ala kadar sahaja. walaupun murah tapi kami sentiasa pastikan kami memberi yang terbaik. Ini kerana apabila pelanggan puashati, kami juga turut berasa gembira. Jadi kalau anda mahukan sewa yang murah dan servis yang terbaik untuk homestay dan juga kereta sewa di Tawau, anda jangan berfikir dua kali dan terus sahaja datang cari kami. Paling mudah, hubungi sahaja kami di talian 013-5499-359 untuk homestay (http://www.homestaytawau.blogpsot.com)  dan juga 014-9669-359 untuk kereta sewa. Kami sedia membantu anda ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday 24 July 2015

UK Funfair Kini Di Tawau



Ya, UK Funfair kini berada di Tawau. Kalau nak tahu, UK Funfair memang sering menjadikan Tawau sebagai tempat persinggahan mereka. Ini mungkin disebabkan  warga Tawau yang memang cukup gemar membawa anak-anak dan keluarga berhibur di funfair ini setiap kali funfair ini berada di Tawau. Sedikit info, kami di Tawau tak panggil tempat ni sebagai funfair. Kami di sini panggil "pampe" saja. Jadi kalau anda terdengar orang Tawau menyebut "pampe", mereka sebenarnya sedang bercakap mengenai FUNFAIR ;)

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 tidak pernah ketinggalan pergi ke UK Funfair setiap kali mereka datang ke Tawau. Ini kerana permainan di dalam funfair ini sangat ohsem dan suasana di dalam funfair pun cukup meriah dan bercahaya serta penuh warna-warni.  Funfair akan mula dibuka bermula jam 6.30 petang sehingga 12.00 malam. Tiket masuk ke dalam funfair hanya RM2.00 sahaja dan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun boleh masuk dengan percuma tanpa bayaran. Walaupun harga tiket masuk adalah amat murah, tetapi caj setiap permainan pula tidaklah begitu murah. Hampir semua permainan di dalam funfair ini dicaj pada kadar 2 token sekali main. Nilai 2 token = RM4.00. Jadi maksudnya, setiap kali nak main tu kena bayar paling minimum RM4.00. Ada juga permainan yang caj 3 token setiap kali main, iaitu RM6.00.

Tapak UK Funfair di Tawau terletak di batu 1.5 Jalan Apas Tawau, iaitu berhadapan dengan Takada dan Eastern Plaza Tawau. Tapak funfair ini juga berdekatan dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3 iaitu di Taman Berkeley. Kami di seberang jalan sahaja iaitu dalam 1 minit perjalanan sahaja dengan berjalan kaki. Pada pelanggan kami yang berminat pergi ke funfair ini nanti, pastikan anda datang awal. Ini kerana bermula dari jam 7.30 malam ke atas, jalan akan jadi begitu sesak di sekitar kawasan funfair, tempat parking pun akan penuh juga. Jadi kalau tak mahu pening-pening kepala, silalah datang awal. Kalau dah bermain-main di funfair dan terasa lapar, anda semua boleh menyeberang jalan dan pergi ke pasar malam Takada. Di situ terdapat banyak gerai yang menyediakan makanan yang sedap-sedap seperti Bakso, sayap ayam panggang, nasi lalap dan lain-lain lagi. Memang best.

Kami tidak pasti sampai bila UK Funfair akan berada di Tawau pada kali ini, tapi biasanya mereka akan buka funfair selama 1 bulan. Jadi kalau anda berada di Tawau sekarang, jangan ketinggalan pergi ke funfair ini bersama keluarga dan anak-anak. Untuk pergi ke funfair anda boleh menaiki bas Jalan Apas dari terminal bas di bandar Tawau. Tambang hanya RM 0.70 sen sahaja. Bagi yang membawa keluarga dan anak-anak dan rasa tidak selesa menaiki bas, anda boleh hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 untuk menempah kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Anda boleh hubungi kami di talian 014-9669-359 dan kami akan sediakan sebuah kereta sewa untuk anda pakai ke funfair. Jadi tunggu apa lagi?

Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Thursday 16 July 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri dari Kereta Sewa Tawau J3

Kemeriahan hari raya sudah mula terasa. Kelihatan begitu ramai kanak-kanak yang sedang bergembira bermain bunga api di perkarangan rumah. Itu tandanya esok hari raya. Atas kesempatan ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 kepada anda semua tidak kira di mana jua anda berada.

Semoga sambutan hari raya di tahun ini akan lebih bermakna di samping keluarga yang tersayang. Buat warga Tawau dan para pelanggan kami khasnya, sentiasalah berhati-hati di jalanraya. Pandu cermat, jiwa pasti selamat. Sentiasalah ingat orang yang tersayang lebih-lebih lagi di hari lebaran ini. Hari yang penuh gembira dan sukacita. 

Untuk makluman juga, kami tidak bercuti di sepanjang hari raya ini bagi memenuhi keperluan anda semua. Pun begitu, kereta sewa telahpun habis ditempah sehingga hari raya ke-2 nanti. Pada hari raya ke-3 barulah ada kereta yang boleh disewa. Jika perlukan kereta sewa pada hari raya yang ke-3, hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Akhir kata, andai ada salah dan silap tolong maafkan. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Iklhas dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3 :)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459


Tuesday 7 July 2015

Kereta Sewa Tawau Fully Booked

SMS Tawau Car Rental

Printscreen di atas merupakan SMS yang kami terima 2 hari yang lepas. Orang ni nak sewa van raya nanti, tapi tu la, semua kereta sewa Tawau J3 fully booked sudah. Bukan setakat kereta kecil-kecil seperti Perodua Kancil dan Viva saja yang sudah fully booked, tapi semua kereta-kereta besar termasuk van dan MPV juga sudah habis di booking.

Hal ini memang selalu terjadi setiap kali musim perayaan tiba. Tak kira la Hari Raya ke, Krismas, Tahun Baru Cina, memang semua kereta sewa akan fully booked. Cuma Hari Deepavali saja kurang sikit kerana tidak ramai kaum berketurunan India (Hindu) yang ada di Tawau ni. Kadang-kadang pada hari kebangsaan tu pun kereta licin habis juga. Begitu juga di musim cuti persekolahan. Oleh itu, suka kami ingatkan pada semua, sekiranya tidak ingin terlepas peluang mendapatkan kereta sewa di musim perayaan, silalah buat tempahan seawal yang mungkin.

Berbalik kepada SMS diatas, sebenarnya kami kesian juga pada orang ni. Adik dia bakal berkahwin raya ni. Family belah lelaki ramai yang akan datang ke Tawau dari Semenanjung bagi menghadiri majlis tersebut. Itu sebab mereka memerlukan sebuah van sewa. Kalau sewa van murah sikit berbanding nak sewa 3-4 buah kereta sedan untuk memuatkan 15 orang. Tapi itulah, mereka lambat sangat SMS. Kereta sewa pun semuanya dah fully booked. 

Jadi, untuk mengelakkan hal sedemikian terjadi, kami mohon sangat-sangat, tolonglah buat tempahan awal. Tak rugi pun. Kalau hendak buat tempahan kereta sewa, boleh baca di sini, Cara Buat Tempahan Kereta Sewa di Kereta Sewa Tawau J3. Kalau nak direct hubungi kami pun boleh. Macam biasalah, untuk tempahan atau pertanyaan, hubungi kami di talian 014-9669-359 ataupun hantar email ke j3trader@gmail.com


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau
 
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459