Wednesday 17 June 2015

Kereta Sewa Pandu Sendiri Di Tawau

Kereta Sewa Pandu Sendiri Tawau


Lama betul kami tidak membuat post di blog ini. Sebulan lebih juga kan. Tak apa, kini kami kembali lagi dengan edisi kereta sewa pandu sendiri di Tawau. Ada sebabnya kenapa kami memilih tajuk ini. Bukan sebab untuk SEO atau dah tak ada benda lain nak dicakap.

Umum tahu yang kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa di Tawau. Perkataan Tawau itu memberi maksud yang jelas bahawa kami menyediakan perkhidmatan ini di TAWAU dan bukannya di Kota Kinabalu misalnya ataupun di Keningau. Semenjak kami memulakan perkhidmatan kereta sewa ini sudah ramai yang menyewa kereta kami sehingga ke Keningau dan paling jauh ke Kudat. Adakah kami membenarkan?

Kalau anda perasaan, banyak syarikat kereta sewa yang tidak membenarkan kereta sewa mereka di bawa keluar dari ruang lingkup perkhidmatan mereka. Contohnya, syarikat kereta sewa di Kota Kinabalu pasti tidak ingin anda menyewa dan membawa kereta mereka sehingga ke Tawau. Dan bukan di negeri Sabah ini sahaja yang begitu, syarikat-syarikat kereta sewa yang lain di seluruh Malaysia pun rasanya hampir semua tidak membenarkan kereta mereka dibawa keluar kawasan.

Masa mula-mula berkecimpung dalam perniagaan kereta sewa ini, kami langsung tidak kisah kalau kereta hendak di bawa ke mana sahaja pun, janji dijaga dengan baik. Tapi biasalah, pengalaman banyak mengajar dan pengalaman itulah juga yang menunjukkan bahawa tindakan kami membenarakn kereta kami di bawa jauh keluar dari Tawau  itu merupakan satu tindakan yang kurang bijak dan memakan diri sendiri.

Kenapa? Bayangkan kami pernah mendapat panggilan dari Keningau meminta kami menghantar kereta ganti. Kereta kami yang disewa itu tidak boleh hidup dan mati di tengah jalan. Bayangkan perasaan kami, Keningau bukannya dekat, tapi sudah melebihi 500km dari Tawau. Tapi kami berusaha mencari no telefon bengkel terdekat dan meminta bantuan mekanik di sana pergi melihat kereta kami. Rupanya kereta itu tidak boleh hidup kerana sudah over-heat. Kereta malang itu telah dipandu tanpa henti dari Kalabakan-Tawau-Semporna-Lahad Datu-Sandakan-Telupid-Ranau-Kota Kinabalu-Keningau. Kereta kancil lagi tu. Kami terfikir, kenapa lah ada orang boleh melakukan perkara seperti itu. Yang paling bagus, penyewa boleh pula marah-marah. Kalau fikir logik, sepatutnya kami yang marah. 

Selain dari itu, ada juga yang memang cuai semasa memandu, main lajak saja. Apa lubang pun depan mata main langgar saja. Bila sudah begitu dan dibawa long-distance lagi dan non-stop lagi, Lamborghini pun boleh rosak bhai. Atas dasar itu, sekarang kami hanya menyediakan kereta sewa pandu sendiri untuk Tawau sahaja. Kalau pergi Semporna atau Lahad Datu kami boleh terima lagi, tapi itupun dengan syarat, sekiranya terjadi apa-apa semasa anda menyewa kereta itu, tanggungjawab anda adalah 100% ke atas kereta itu. Dan sekiranya kami dapati kereta kami dipandu melebihi ruang lingkup yang dibenarkan (keluar dari Lahad Datu), kami akan mengenakan penalti ke atas anda, iatu RM2 setiap kilometer pergi dan balik. 

Jadi kami harap anda semua faham kenapa kami buat apa yang kami buat ini.Pengalaman banyak mengajar kami dan kami pun sudah cukup-cukup menanggung kerugian bila kereta kami selalu sahaja rosak bila di bawa jauh dengan begitu cuai sekali. Kami memang tidak menggalakkannya. Kalau sewa sekitar daerah Tawau ini sahaja, memang cukup dialu-alukan. Lagipun, sekiranya terjadi apa-apa, kami boleh pergi membantu dengan kadar yang segera. Anda senang, kami pun senang. Jadi tunggu apa lagi? sekiranya anda memerlukan kereta sewa pandu sendiri yang paling murah di daerah Tawau, jangan lupa hubungi kami di talian 014-9669-359. Terima kasih ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau

Latitude/Longitude: 4.251975, 117.899459

No comments:

Post a Comment