Tuesday 17 February 2015

Gong Xi Fa Cai dari Kereta Sewa Tawau J3

Gong Xi Fa Cai dari Kereta Sewa Tawau J3

Tidak lama lagi kita akan menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai dari kami semua di Kereta Sewa Tawau J3. Tahun ini merupakan tahun kambing. Jadi apa yang menarik di tahun kambing ini? Menurut sumber cina, kambing dikatakan suka pada keamanan tapi tidak suka pada perubahan. Mungkin di tahun kambing ini kita akan mendapat lebih banyak keamanan berbanding tahun-tahun yang lepas. Maklumlah, sekarang ini kalau tengok dalam berita, asyik perang saja kan. Kemusnahan tak payah cakap lah. Semoga dengan bermulanya tahun kambing nanti kita akan dilimpahi dengan kedamaian.

Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang teruja menunggu kehadiran tahun baru cina pada tahun ini. Seperti biasa, kalau tiba saja musim perayaan maka bisnes kereta sewa yang kami usahakan juga akan mendapat banyak keuntungan. Ini kerana memang ramai orang yang akan menyewa kereta di musim-musim percutian dan perayaan seperti tahun baru cina. Disamping itu, kami juga gembira kerana dapat merayakan tahun baru cina kali ini dengan rakan-rakan kami yang beragama Buddha. Itulah keunikan kita di Malaysia, kita merayakan semua perayaan bersama-sama tanpa prejudis, lebih-lebih lagi di Tawau ini. Hubungan antara rakan-rakan yang berlainan bangsa dan agama memang erat. Semoga ianya akan kekal begitu selamanya.

Buat pelanggan-pelanggan Kereta Sewa Tawau J3 dan juga kepada semua rakan-rakan kami yang menyambut Tahun Baru Cina, kami ucapkan Gong Xi Fa Cai. Semoga sambutan Tahun Baru Cina kali ini lebih meriah dan gembira di samping keluarga tercinta ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
E-mail : j3trader@gmail.com
FB: www.facebook.com/kereta.sewa.tawau
Twitter: www.twitter.com/keretasewatawau



No comments:

Post a Comment