Monday 24 November 2014

Jom Lawat Tawau Cuti Sekolah Ni


Kereta Sewa Tawau Car Rental 


Cuti sekolah datang lagi. Selamat bercuti semua. Jom kita lawat Tawau sempena cuti sekolah ni. Mest best kan. Untuk pengetahuan anda semua, ada banyak tempat menarik di Tawau. Ramai yang anggap Tawau ni tak ada apa. Haahh... silap tu. Tawau ni walaupun kecil sahaja, tapi padat dengan tempat-tempat yang menarik. Antaranya sudah tentulah pasar tanjung dan juga pasar gantung.

Ramai penyewa kereta kami yang amat teruja dengan pasar tanjung Tawau. Kalau pulang mesti terlebih muatan lah. Maklumlah dah berbelanja sakan di pasar tanjung kan? di situ ada pelbagai jenis ikan bilis, ikan masin, sotong kering, udang kering etc  yang bertarat first class. Selain itu ada juga di jual amplang, Siapa yang dah rasa amplang ni, mesti nak lagi dan lagi dan lagi. Sedap dan rangup gitu.

Selain pasar tanjung, pasar gantung juga amat digemari oleh para pelancong. Percaya atau tidak, mutiara yang dijual RM80 di Semenanjung boleh didapati dengan harga RM12 sahaja di pasar gantung. Selain mutiara ada banyak lagi barang-barang unik dan menarik di pasar gantung Tawau. Semua barang-barang ini dijamin murah. Tapi anda semua kena lah pandai tawar-menawar dengan penjual. 

Kalau mahu pergi ke tempat-tempat yang cantik pula, di Tawau ada Balung Eco Resort, ada Bukit TV, Taman Air dan macam-macam lagi. Memang best lah kalau datang ke Tawau ni. Barang makanan laut pun murah-murah. Tak percaya? cuba tanya rakan-rakan anda yang pernah datang ke Tawau. Makanan laut di Tawau jauh lebih fresh dan berkali ganda lebih murah dari makanan laut yang ada di KK. 

Jadi tunggu apa lagi? cuti sekolah ada banyak hari lagi. Cepat-cepatlah membuat tempahan tiket ke Tawau. Rugi kalau tak datang tau. Sekiranya anda datang ke Tawau nanti, carilah kami di Kereta Sewa Tawau J3 sekiranya anda ingin menyewa kereta yang paling murah di Tawau. Selain kereta sewa, kami turut menyediakan perkhidmatan homestay bajet yang paling murah di seluruh Tawau iaitu J3 Homestay, Apa-apa pun, kami sentiasa menanti kedatangan anda semua ke Tawau dengan hati yang gembira :)


Tempah kereta sewa anda sekarang: 
H/P: 014-9669-359 (sms/whatsapp)

No comments:

Post a Comment