Friday 2 May 2014

Kereta Sewa Tawau J3 di Kota Kinabalu?

Kereta Sewa Tawau di Kota Kinabalu

Kereta Sewa Tawau J3 ada di Kota Kinabalu (KK) sudah ka? Kami mau sewa kerita baini... itu adalah antara dialog yang biasa kami dapat dari para pemanggil yang ingin menyewa kereta. Kami sebenarnya berasa sangat teruja dan excited kalau ada pemanggil yang tidak putus-putus memberi idea pada kami supaya buka cawangan segera di Kota Kinabalu.

Antara lainnya mereka bagitau yang di KK ada banyak pelancong, ramai yang mau pakai kereta sewa. Sayang betul kata mereka kerana sewa kereta kami murah sangat-sangat tapi hanya ada di Tawau saja. Kami memang teringin mahu meluaskan cawangan hingga ke KK, tapi mungkin belum lagi buat masa terdekat ini. Sabar ya. Ini kerana adalah amat sukar untuk mendapatkan pekerja yang boleh dipercayai bagi menguruskan cawangan itu nanti. Tapi kami akan cuba usahakan.

Buat masa ini biar kami beroperasi di Tawau dulu. Ini pun kadang-kadang tidak menang tangan juga dibuatnya. Tapi kami bersyukur kerana penyewa kereta tidak pernah putus memberi sokongan pada kami. Bagi yang menghantar sms, emel dan whatsapp bagi melahirkan ucapan terima kasih atas perkhidmatan kami, kami ucapkan terima kasih kembali juga. Percayalah, ucapan terima kasih dari anda semua membuat kami semakin bersemangat lagi. Kami amat menghargai anda semua.

Bagi yang ingin kami membuka cawangan di KK, doakan kami supaya hasrat itu cepat tercapai. Kami cuma ingin memberi perkhidmatan yang mampu dibayar oleh semua orang. Kami faham, orang ramai menyewa kereta bukan sebab hendak menunjuk, tapi sebagai satu keperluan. Misi kami adalah untuk memastikan anda dapat menyewa kereta tanpa menitiskan airmata. Kota Kinabalu, ada rezeki nanti Kereta Sewa Tawau J3 pasti akan bertapak di sana. Tunggu ya :)