Wednesday 11 December 2013

Kereta Sewa Tawau J3 Suka Freebies - PERCUMA

Ya, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies, atau dalam Bahasa Melayunya, benda-benda FREE. Ya la, siapa yang tak suka benda percuma kan? Lagi-lagi kalau benda percuma itu membolehkan kita menambah lagi duit poket dan keuntungan. Sebelum itu, salam sejahtera semua. Dah nak dekat 3 minggu kami tak update blog ni. Dah berhabuk dah pun. Tapi nak buat macam mana, kami di Kereta Sewa Tawau J3 sekarang sangat sibuk dan tak menang tangan melayan pelanggan. Maklum la, sekarang musim cuti, jadi ramai yang memerlukan kereta sewa di bandar Tawau ini. Dan semestinya mereka akan mencari kami di Kereta Sewa Tawau J3.

Berbalik kepada topik freebies, kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka sangat menggunakan kemudahan di internet yang percuma bagi mempromosikan perkhidmatan kereta sewa yang kami tawarkan. Cuba lihat banner di bawah ni, menarik kan? Banner yang kelihatan profesional ini kami dapat siapakan dalam masa 5 minit sahaja di http://www.realcheapsigns.com  dan yang paling best sekali, ianya percuma!

Kereta Sewa Tawau Car Rental

Cuba lihat iklan Kereta Sewa Tawau J3 yang seterusnya

Kereta Sewa Tawau Car Rental


Nampak macam terer je buat kan? sama seperti iklan banner diatas, iklan yang ini pun kami buat dengan percuma di http://www.postermywall.com . Memang tak dinafikan, postermywall menyediakan grafik-grafik yang menarik untuk membantu kita membuat iklan banner, poster atau flyer dengan kemas dan bergaya. Masa untuk menyiapkan iklan ini tak sampai pun 10 minit. Sungguh mudah.

Akhir sekali, selain dari banner berbentuk grafik, kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga gemar membuat iklan berbentuk video. Iklan video lebih cepat menarik perhatian & banyak info dapat disampaikan dengan jelas kepada pelanggan. Untuk iklan video, kami di Kereta Sewa Tawau J3 menggunakan videoscribe di http://www.sparkol.com . Cuba lihat screenshot iklan video kami ini 

Kereta Sewa Tawau Car Rental



Kalau perasan, tak lama dulu iklan maxis di kaca tv pun ada menggunakan iklan video seperti yang kami tunjukkan ini. Untuk membuat iklan video seperti ini anda hanya perlu mendaftar di sparkol.com dan terus mendownload aplikasi video ini secara percuma. Nak buat video ini memang mudah. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sendiri terkejut sebab ianya terlalu simple dan mudah tapi hasilnya amat profesional dan nampak macam mahal je nak buat. Apa kata anda semua try lihat iklan video Kereta Sewa Tawau J3 ini di sini http://www.youtube.com/watch?v=_0YW9doc7no dan sini http://www.youtube.com/watch?v=VtIs4S22yEU

Jadi itulah kesudahannya. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 memang suka freebies. Lebih-lebih lagi freebies yang boleh membantu bisnes kami ini. Dengan adanya freebies ini, kami di Kereta Sewa Tawau J3 dapat mengiklankan iklan kami dengan percuma kepada anda semua. Ok, semoga anda semua mendapat sesuatu yang bermanfaat dari info yang kami sampaikan ini. Dan sekiranya anda berada di Tawau & memerlukan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau, jangan lupa hubungi kami di 013-5528523 :)

No comments:

Post a Comment