Monday 30 September 2013

Kereta Sewa Tawau J3 Ada Lesen Bah..

Kereta sewa tawau car rental


Kami pernah menulis mengenai lesen syarikat kami di post-post yang terdahulu. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pelanggan di luar sana yang bertanya mengenai status kami. Adakah kami, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan peniaga underground? ataupun kami mempunyai lesen berniaga yang sah?

Untuk makluman semua, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan syarikat milik penuh J 3 Trade Enterprise. Di mana J3 Trade Enterprise ini pula merupakan sebuah syarikat enterprise yang mendapat lesen bagi menjalankan "Perniagaan Kereta Sewa & Pengangkutan Awam" dan beroperasi di daerah Tawau sahaja buat masa ini. Lesen kami ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan daerah Tawau iaitu Majlis Perbandaran Tawau. Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda semua. 

Jadi, sekiranya anda ingin mencari kereta sewa di daerah Tawau ini, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan kami. Kami merupakan peniaga yang berniaga secara sah dan telahpun mendaftarkan perniagaan kami di PBT daerah Tawau. Kadang-kadang ada pelanggan yang terlalu risau dan tak percaya kerana kereta sewa yang kami tawarkan tersangatlah rendah sewanya dan "below market price". Mereka fikir sudah tentu ada udang di sebalik mee. Jangan risau ya, kereta sewa kami murah kerana itu adalah prinsip kami. Iaitu untuk menyenangkan semua orang. Kami tahu, ada yang menyewa kereta kerana terdesak dan terpaksa diakibatkan oleh kecemasan. Kami tidak berminat untuk menambah beban orang-orang seperti itu.

Jadi ok ya? harap sudah jelas semuanya. Di samping bercakap mengenai lesen ini juga, kami turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan rakan kami di Shah Alam. Rakan kami ini juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Tapi bukan di Tawau ya. Mereka beroperasi di Shah Alam dan menyediakan perkhidmatan kereta sewa di kawasan sekitar Shah Alam, Klang & Subang. Jangan risau, rate mereka sangat berpatutan dan perkhidmatan mereka juga dijamin memuaskan. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di sekitar Shah Alam, Klang & Subang anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di dalam gambar di bawah, atau layari terus laman web rasmi mereka di  http://sksportcar.blogspot.com/2013/09/kereta-sewa-shah-alam.html

Kereta sewa tawau car rental
SK Sport Car 017-2449251

No comments:

Post a Comment