Monday 30 September 2013

Kereta Sewa Tawau J3 Ada Lesen Bah..

Kereta sewa tawau car rental


Kami pernah menulis mengenai lesen syarikat kami di post-post yang terdahulu. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi pelanggan di luar sana yang bertanya mengenai status kami. Adakah kami, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan peniaga underground? ataupun kami mempunyai lesen berniaga yang sah?

Untuk makluman semua, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan syarikat milik penuh J 3 Trade Enterprise. Di mana J3 Trade Enterprise ini pula merupakan sebuah syarikat enterprise yang mendapat lesen bagi menjalankan "Perniagaan Kereta Sewa & Pengangkutan Awam" dan beroperasi di daerah Tawau sahaja buat masa ini. Lesen kami ini dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan daerah Tawau iaitu Majlis Perbandaran Tawau. Diharapkan penjelasan ini dapat menjawab persoalan anda semua. 

Jadi, sekiranya anda ingin mencari kereta sewa di daerah Tawau ini, anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan kami. Kami merupakan peniaga yang berniaga secara sah dan telahpun mendaftarkan perniagaan kami di PBT daerah Tawau. Kadang-kadang ada pelanggan yang terlalu risau dan tak percaya kerana kereta sewa yang kami tawarkan tersangatlah rendah sewanya dan "below market price". Mereka fikir sudah tentu ada udang di sebalik mee. Jangan risau ya, kereta sewa kami murah kerana itu adalah prinsip kami. Iaitu untuk menyenangkan semua orang. Kami tahu, ada yang menyewa kereta kerana terdesak dan terpaksa diakibatkan oleh kecemasan. Kami tidak berminat untuk menambah beban orang-orang seperti itu.

Jadi ok ya? harap sudah jelas semuanya. Di samping bercakap mengenai lesen ini juga, kami turut mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan rakan kami di Shah Alam. Rakan kami ini juga turut menyediakan perkhidmatan kereta sewa. Tapi bukan di Tawau ya. Mereka beroperasi di Shah Alam dan menyediakan perkhidmatan kereta sewa di kawasan sekitar Shah Alam, Klang & Subang. Jangan risau, rate mereka sangat berpatutan dan perkhidmatan mereka juga dijamin memuaskan. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di sekitar Shah Alam, Klang & Subang anda boleh hubungi nombor telefon yang tertera di dalam gambar di bawah, atau layari terus laman web rasmi mereka di  http://sksportcar.blogspot.com/2013/09/kereta-sewa-shah-alam.html

Kereta sewa tawau car rental
SK Sport Car 017-2449251

Saturday 28 September 2013

Penyewa Kereta Kami.....

Kereta sewa tawau car rental
Kereta Sewa Tawau J3



Kali ini kami berkesempatan memaparkan antara wajah-wajah penyewa kereta kami di bulan September 2013 ini. Ada ramai lagi, tapi rasanya kami akan memuatkan satu ruang baru di blog ini bagi memaparkan gambar-gambar yang sempat kami tangkap bersama-sama dengan mereka nanti.

Bagi kami di Kereta Sewa Tawau J3 kami amat berterima kasih kepada para pelanggan kami. Sokongan tanpa henti dari anda semua menguatkan lagi semangat kami untuk menjadi peneraju kadar sewa kereta yang murah di Tawau ini. 

Murah tidak semestinya bermaksud tak ada "class". Dan mahal juga tak semestinya bermaksud "high class". Kereta sewa murah yang kami tawarkan pada anda semua sentiasa dijaga dan diservis dengan baik. Jadi sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang murah dan mampu dibayar tanpa membebankan diri anda, hubungilah kami. Di Tawau ini, Kereta Sewa Tawau J3 merupakan satu-satunya syarikat kereta sewa berlesen yang menawarkan kadar sewa yang paling rendah. Kalau tak percaya, tanyalah pakcik google :)

Kepada semua pelanggan-pelanggan kami yang pernah menyewa kereta dengan kami, berbanyak-banyak terima kasih sekali lagi. Tanpa anda semua, siapalah kami. Kepada bakal pelanggan kami, jangan risau. Kereta Sewa Tawau J3 akan memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Sunday 15 September 2013

Berbaloi Ke Menyewa Kereta Di Tawau Dengan Kami?


Ramai orang yang datang dan pergi di Tawau ni. Ada yang datang atas urusan bisnes, ada juga yang datang semata-mata nak makan seafood. Mungkin orang kaya la tu kan? Tapi seafood di Tawau ni memang murah dan sedap. Apa pun, kedatangan anda semua sangat dialu-alukan. Tiap kali datang sudah tentu anda semua ingin bershopping sakan dan berjalan-jalan hingga ke Semporna. Dan anda semua sudah tentu memerlukan pengangkutan. Tapi mana lebih jimat, naik teksi atau sewa kereta? Jawapannya sangat mudah. Naik kereta sewa lebih JIMAT. Kalau nak tau, di Tawau ni tambang teksi dari airport ke bandar Tawau je sudah mencecah RM45. Jadi anda semua pun boleh berfikir sendiri mengenai hal itu ;)



Tapi ada banyak pilihan di Tawau sebenarnya. Syarikat kereta sewa bukan ada 1 sahaja. Selain syarikat kereta sewa yang berlesen, ada juga ramai individu yang menyewakan kereta secara part-time bagi mendapatkan side-income. Jadi kalau anda datang ke Tawau, jangan risau pasal kereta sewa. Di sini ada banyak. Tapi apa yang membezakan kami dengan yang lain? Jawapan kami,  Harga & Fleksibiliti. Ini bukan auta ya, kami memang menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di Tawau. Selain murah, kami juga mempunyai sistem harga yang fleksibel. Makin lama anda sewa kereta dengan kami, rate sewanya makin rendah.



Jadi berbaloi ke menyewa kereta dengan kami di Tawau ni? Jawapannya adalah YA. Bukan sebab bias atau apa, tapi kami tidak berminat menafikan sesuatu yang benar. Kalau anda berminat untuk menyewa kereta dan dalam pada masa yang sama ingin menjimatkan duit, pilihlah kami. Kami bukan setakat menjimatkan sedikit, tapi kami menjanjikan penjimatan yang cukup besar. Bagi yang tidak percaya, anda boleh check sendiri rate kereta sewa di Tawau ini dan buat perbandingan sendiri. 

Bagi yang sudah pernah menyewa kereta dengan kami, berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan. Sokongan anda pada kereta sewa yang mempunyai nilai jimat ini akan membantu mereka-mereka yang lain di masa hadapan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda. Misi kami adalah untuk menyediakan kereta sewa kos rendah di Tawau untuk anda semua :)


Thursday 5 September 2013

Mahu Sewa Kereta Di Tawau? Whatsapp Saja Kami.

Whatsapp 013-5528523 Untuk Menyewa Kereta Di Tawau
Whatsapp 013-5528523 Untuk Menyewa Kereta Yang Paling Murah Di Tawau

Untuk makluman semua pembaca, kami di Kereta Sewa Tawau J3 kini boleh dihubungi melalui whatsapp. Apa itu whatsapp? bagi yang belum tahu lagi, whatsapp adalah sebuah aplikasi telefon pintar yang membolehkan anda menghantar mesej, fail dan gambar secara percuma kepada pengguna whatsapp yang lain. Dengan syarat telefon pintar anda mempunyai connection dengan internet.

Memandangkan begitu ramai rakyat Malaysia menggunakan whatsapp sekarang untuk berkomunikasi, maka kami di Kereta Sewa Tawau J3 juga turut serta menggunakan aplikasi ini bagi memudahkan perhubungan kami dengan pelanggan dan juga bakal-bakal pelanggan kami.

Oleh itu, mulai hari ini anda sudah boleh ber-whatsapp dengan kami. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa di daerah Tawau ini, whatsapp saja kami di talian 013-5528523. Bagi mereka yang tidak mempunyai whatsapp, jangan risau, kami masih boleh dihubungi melalui sms atau panggilan telefon seperti biasa. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 sedia membantu anda.

Sunday 1 September 2013

Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh, Anda Telah Disenaraihitamkan!

Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh Kad Pengenalan 820317-12-5519
Penyewa Kereta Yang Tidak Jujur





Penama di atas iaitu Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh ( No KP: 820317-12-5519 ) merupakan salah seorang penyewa kereta dengan kami di Kereta Sewa Tawau J3. Malangnya beliau telah bersikap cuai semasa menyewa kereta hingga menyebabkan kereta yang disewa dengan kami telah dikenakan saman atas kesalahan beliau memandu melebihi had laju.

Adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menjelaskan saman sebanyak RM150.00 yang telah dikenakan oleh PDRM. Ini kerana saman telah dikeluarkan semasa kereta berada di dalam sewaan beliau. Setelah saman dikeluarkan, kami telah cuba menghubungi beliau melalui panggilan telefon. Kami juga telah menghantar sms, namun tiada respon dari pihak beliau.

Atas dasar itu kami telah mengambil keputusan untuk memaparkan identiti beliau di blog kami ini dan juga di laman facebook kami. Diharapkan pihak operator kereta sewa yang lain di daerah Tawau akan sedia maklum melalui perkongsian maklumat ini. Terus terang kami katakan, orang yang bernama Mohd Ridwan Bin Mohd Saleh ini adalah seorang manusia yang tidak jujur dan tak bertanggungjawab. Sekian, terima kasih.