Tuesday 23 July 2013

Kecewa Tahap Gaban

Kecewa Tak Dapat Sewa Kereta di Tawau

Kecewa tahap gaban....itulah istilah yang pernah diungkapkan oleh seorang bakal customer kami apabila beliau gagal menyewa kereta dari kami. Keadaan ini bukan sahaja dialami oleh customer berkenaan, tetapi juga oleh beberapa customer yang lain.

Terlebih dahulu kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin memaklumkan bahawa buat masa ini kereta sewa kami tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi daripada para penyewa kereta sekalian. Kami pun tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu baik dari anda semua.Trimas! Walau bagaimanapun, ekoran dari sambutan yang luarbiasa itu, maka kami sentiasa kekurangan kereta kerana rate keluar-masuk kereta yang begitu tinggi

Kami pun kecewa tahap gaban macam anda juga, percaya la. Lebih-lebih lagi kalau anda betul-betul terdesak memerlukan kereta sewa pada masa itu. Oleh itu, untuk mengelakkan kekecewaan ketika hendak menyewa kereta, maka kami ingin menyarankan anda semua untuk membuat tempahan awal, sekurang-kurangnya 3-4 hari sebelum anda ingin memakai kereta. Ini bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan kereta, tapi dapat membantu kami untuk memberi servis yang terbaik untuk anda.

Jadi janganlah kecewa tahap gaban lagi. Untuk membuat tempahan awal, anda semua boleh sms/call 013-5528523. Kalau tiada kredit, email pun boleh di j3trader@gmail.com, dilayan bah kalau kau :)

No comments:

Post a Comment