Sunday 28 July 2013

Selamat Tinggal Maybank


Baru hari ni ada free untuk buat sedikit update di blog ni. Maklum la, sibuk terkejar ke sana sini menguruskan penghantaran/pengambilan kereta dari dan kepada semua penyewa.  Tapi tak apa, itu semua rezeki dan memang seronok melakukannya setiap hari.

Oh ya, di sini kami ingin membuat sedikit pengumuman penting mengenai akaun bank kami. Kalau dahulu kami cuma menggunakan akaun bank peribadi kami di Maybank bagi urusan deposit duit booking kereta, tapi kini kami telah membuka akaun semasa atas nama syarikat induk kami iaitu J3 Trade Enterprise bagi tujuan tersebut. Ini bukan sahaja untuk memudahkan kami menyemak deposit anda, tapi juga sebenarnya menaikkan kredibiliti syarikat kami :)

Penggunaan no akaun baru untuk tujuan deposit duit booking itu akan berkuatkuasa pada minggu hadapan. Untuk makluman semua juga, akaun semasa kami itu itu adalah di AmBank. Kenapa AmBank dan bukan Maybank? Kalau ikutkan hati, kami memang teringin membuka akaun semasa di Maybank, tapi prosedurnya yang cukup payah membuatkan kami memilih AmBank. Tapi AmBank pun okey juga bah :)

Kami sedia maklum ramai penyewa & bakal penyewa kereta mempunyai akaun di Maybank dan senang membuat urusan online banking di Maybank2u. Tapi sebenarnya tak ada beza sangat pun sekiranya anda transfer dari Maybank ke AmBank, caj hanya 10 sen sahaja walaupun transaksi interbanking. Jadi jangan risau, anda tidak akan dikenakan caj yang melebih-lebih kalau transfer duit ke akaun AmBank.

Maklumat mengenai no. akaun tersebut akan kami umumkan pada minggu hadapan nanti. Dan kami amat berharap para pelanggan semua tidak akan menghadapi sebarang masalah mengenai perkara ini. Apa pun, terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Tanpa anda, siapa la kami. Trimas :)

Tuesday 23 July 2013

Kecewa Tahap Gaban

Kecewa Tak Dapat Sewa Kereta di Tawau

Kecewa tahap gaban....itulah istilah yang pernah diungkapkan oleh seorang bakal customer kami apabila beliau gagal menyewa kereta dari kami. Keadaan ini bukan sahaja dialami oleh customer berkenaan, tetapi juga oleh beberapa customer yang lain.

Terlebih dahulu kami di Kereta Sewa Tawau J3 ingin memaklumkan bahawa buat masa ini kereta sewa kami tidak dapat menampung permintaan yang begitu tinggi daripada para penyewa kereta sekalian. Kami pun tidak menyangka akan mendapat sambutan yang begitu baik dari anda semua.Trimas! Walau bagaimanapun, ekoran dari sambutan yang luarbiasa itu, maka kami sentiasa kekurangan kereta kerana rate keluar-masuk kereta yang begitu tinggi

Kami pun kecewa tahap gaban macam anda juga, percaya la. Lebih-lebih lagi kalau anda betul-betul terdesak memerlukan kereta sewa pada masa itu. Oleh itu, untuk mengelakkan kekecewaan ketika hendak menyewa kereta, maka kami ingin menyarankan anda semua untuk membuat tempahan awal, sekurang-kurangnya 3-4 hari sebelum anda ingin memakai kereta. Ini bukan sahaja dapat membantu anda mendapatkan kereta, tapi dapat membantu kami untuk memberi servis yang terbaik untuk anda.

Jadi janganlah kecewa tahap gaban lagi. Untuk membuat tempahan awal, anda semua boleh sms/call 013-5528523. Kalau tiada kredit, email pun boleh di j3trader@gmail.com, dilayan bah kalau kau :)

Saturday 20 July 2013

Blog Kami Dalam Bahasa Inggeris

Blog Bahasa Inngeris Kereta Sewa Tawau J3

Memperkenalkan sister blog kami in English. Setelah mendapat pelbagai feedback dari pelbagai pihak maka kami akhirnya bersetuju untuk membina satu lagi blog Kereta Sewa Tawau J3 dalam Bahasa Inggeris. Ini bukan sahaja akan memudahkan pelancong-pelancong yang tidak tahu berbahasa Melayu, tetapi juga akan memudahkan kawan-kawan kita di Malaysia ini yang lebih selesa berbahasa Inggeris.

Isi kandungan lebih kurang sama sahaja, tetapi lebih simple. Ini kerana blog berbahasa Inggeris ini juga akan kami gunakan sebagai marketing tools kami di dalam search engine. Seperti yang kita sedia maklum, seacrh engine seperti google ini biasanya lebih friendly pada web yang berbahasa Inggeris. Jadi kami bina blog ini dengan ringkas tapi padat dengan keyword SEO yang kami kehendaki.

So what are you waiting for? Please visit our new blog at http://www.tawaucarrentalj3.blogspot.com NOW :)

Tuesday 16 July 2013

Kereta Paling Best


Kereta Sewa budget Tawau

Kereta Sewa Proton Saga Tawau

Kereta Sewa Murah Tawau


Inilah kereta yang paling best tu. Kalau nak tau, inilah kereta pertama Malaysia. Kereta Proton Saga. Tapi yang ini rasanya edisi kedua sudah. Ini merupakan kereta Proton Saga Megavalve 1.5 yang sangat terkenal pada awal tahun 90an dulu tu.

Apa yang best kereta ni? Ok, mula-mula sekali body kereta ni memang tahan lasak. Keras dan berat. Tak macam kereta sekarang, kena gesel sikit dah kemek. Yang ini memang super heavy-duty la. Nak sepak berkali-kali pun belum tentu kemek. Jangan-jangan kaki tu pulak yang kemek.

Yang kedua, keluasan dalaman kereta ni. Korang mesti tak tau kan betapa LUASnya kereta ni. Lebih besar dan luas dari kereta waja atau preve tu. Bonet belakang pulak dah macam bilik stor. Besar sangat. Memang sesuai la kalau kereta di bawa pergi shopping. 

Yang ketiga, aircondnya sejuk. Walaupun kereta ni kira macam kereta old skool, tapi aircondnya memang tip top dan tak bermasalah. Tak macam kereta sekarang, sikit-sikit ada masalah aircond. Sikit-sikit nak kena servis. Tengok Saga ni, ok je.

Yang keempat, kelima, keenam dan seterusnya, kena naik sendiri dulu baru dapat feel. Tapi bagi saya, kereta ini memang the best. Dan kami di Kereta Sewa Tawau J3 ini mahu anda merasai ke-best-an kereta ni sendiri. Maka kami pun mengambil keputusan untuk memasukkan kereta ini dalam senarai kereta sewa super budget kami. Mari kita semak kadar sewanya ya:

1 hari = RM50/hari
7 hari ke atas = RM45/hari
1 bulan = RM750 sahaja

Apa macam? berminat? kalau berminat boleh call atau sms  kami di talian 013-5528523. Konfirm dilayan bah kalau kau :)

Thursday 11 July 2013

Nah, kami pun sudah ada video iklan yang macam dalam TV tu....


Untuk mempelbagaikan lagi cara promosi perkhidmatan kereta sewa kami, maka kami telah mengambil keputusan untuk try video promosi pulak. Rasa-rasanya boleh request video ni masuk TV3 tak? Hehehe... mesti kena bayar mahal kan. 

Apa pun kami berbangga kerana mungkin kami satu-satunya syarikat kereta sewa di Tawau ini yang ada video promosi. Walaupun video ni biasa-biasa saja, tapi cukuplah untuk memperkenalkan kami pada bakal-bakal pelanggan yang berada di luar sana.

Untuk makluman anda semua, video ini telahpun dilancarkan di youtube, vimeo, carigold forum & forum Miri Community. Dan ianya takkan berhenti di situ saja, kami akan terus melancarkan video pertama kami ini di mana-mana saja di alam maya ini. We're going to invade the world wide web, yihaaaaaa :)



Siapa kata kami peniaga underground? Ada lesen bah ni..

Lesen berniaga kereta sewa Tawau

Ramai yang bertanya adakah Kereta Sewa Tawau J3 merupakan perniagaan kereta sewa yang berlesen. Kami dengan bangganya menjawab YA. Untuk makluman semua, Syarikat Kereta Sewa Tawau J3 merupakan satu entiti perniagaan yang berlesen dan dimiliki sepenuhnya oleh J3 Trade Enterprise.

Kepada mereka yang berurusan dengan kami, jangan takut. Kami bukan peniaga "underground". Kami menjalankan perniagaan secara sah dan mempunyai lesen perniagaan seperti yang ditetapkan oleh Ordinan Pelesenan Perdagangan tahun 1948.

Jadi mulai hari ini, anda tak perlu ragu-ragu lagi. Walaupun blog ini nampak sempoi sahaja, tapi sempoi-sempoi kami pun, ada lesen juga bah :)



Wednesday 10 July 2013

Mau cakap english? Boleh bah..


Okay, so we get this question a few times now. Do you speak english? can you speak english? I know our blog is in Malay, our FB fanpage is in Malay, but that doesn't mean we can't speak english :)

Many of our (potential) customers prefer english, but when they read our blog and it's in Malay, they seem hesitant to sms or give us a call for fear that they can't communicate with us. Don't worry, just pick up your phone and fire away your question(s). We can understand you.

So, why are using Malay here at our blog? English seems better and we can get higher pagerank in google if we use english. We can also get on top of google search engine results. So why? Because Bahasa Melayu is our "Bahasa Kebangsaan". That is why. And we feel we can express our thoughts better in Malay. 

I am writing this in english just to show that yes, we speak english and yes we can understand you. So if you need to rent a car here in Tawau, don't hesistate even for a minute to give us that call (or sms).  We're ready to answer your call and we're ready to give you the best service in Tawau :)



Sunday 7 July 2013

Sewa MPV yang Paling Murah di Tawau


Okey, ramai yang tanya berapa rate kami untuk MPV. Kalau dengan kami, memang konfirm "low price" punya. Antara MPV yang kami tawarkan buat masa ini adalah Toyota Unser. Kenapa Unser? Sebab bagi kami Unser dapat memuatkan lebih ramai penumpang, disamping itu ia juga dapat memuatkan barang yang banyak. Keadaan dalaman kereta yang besar & selesa dapat memberi pengalaman pemanduan yang hebat dan bermakna. Cuba check gambaran dalaman bagi kereta Unser ni.








Macam mana? luas dan selesa kan? Alang-alang sewa MPV, biar yang besar dan selesa & boleh muat lebih ramai orang tanpa terasa macam berada dalam tin sardin yang mau luput tarikhnya. Kan? Okey, berbalik pada rate sewa yang kami berikan. Jom kita semak sama-sama ya:

1 hari = RM200
3 hari ke atas = RM190/hari
7 hari ke atas = RM180/hari

Kan kami dah cakap memang murah. Oleh kerana rate yang begitu murah, kereta kami ini dah fully booked untuk minggu ini. Tapi tak apa, minggu depan boleh book sudah tu. Untuk yang mahu pulang beraya bersama keluarga, jangan segan-segan, call saja Mr. Andrew di 013-5528523 untuk booking ya. Memang berbaloi :)

Friday 5 July 2013

Peta Tawau


Kepada yang pertama kali datang ke Tawau, anda semua boleh semak peta Tawau yang paling best di google maps. Tak payah susah-susah search ya, kami di Kereta Sewa Tawau sudah siap cari untuk anda semua. Klik saja link PETA TAWAU ini dan tadaaa.... 

Semoga dengan adanya peta ini anda tak akan sesat di Bandar Tawau. Dan sudah boleh agak jarak satu tempat ke tempat yang lain. Tak semua orang ada papago atau garmin kan. Jadi ada maps macam ni pun ok jugak. Kalau tengok gambar di atas, anda semua pun dapat melihat kedudukan Kereta Sewa Tawau J3 di Tawau ni. Kami beroperasi di Taman Semarak, iaitu 39 kilometer jaraknya dari Airport Tawau. Jauhkan. Itu sebabnya sekarang kami terpaksa mengenakan caj tambahan kalau ada customer request kereta dihantar kereta ke airport. Jauh bah airport tu kan. Tapi apa pun, kami berjanji akan sentiasa cuba memberi yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan kami. Terima kasih kerana masih setia bersama kami ya :)

Wednesday 3 July 2013

Mark Zuckerberg Minta Tolong...Tapi Tolong Apa??

Mark Zuckerberg Likes Kereta Sewa Tawau

Owh... rupanya nak minta tolong like satu fanpage yang best ni. Sebelum tu, kalau kamu semua nak tahu, Mark Zuckerberg ni la bos besar Facebook. Jadi pada hari ini, Mark Zuckerberg nak minta tolong kamu semua meng-support & meng-LIKE satu fanpage ni   iaitu www.facebook.com/Kereta.Sewa.Tawau :)

Jadi bolehkah kamu semua menolong bro Mark Zuckerberg kita ni? Bukannya apa, bro Mark Zuckerberg ni tak mahu kamu semua terlepas berita-berita & offer-offer menarik yang bakal dimuatnaik ke laman fanpage berkenaan. Bukan selalu boleh dapat diskaun gila-gila, lebih-lebih lagi kalau menyewa kereta. Tapi di Kereta Sewa Tawau J3, memang gila la semua. Tapi semua diskaun & offer gila-gila tu akan diupdate di laman facebook www.facebook.com/Kereta.Sewa.Tawau sahaja. Jadi rugi la kalau tak like. Nanti ter-miss semuanya. Jadi tunggu apa lagi? Mari kita tolong bro Mark Zuckerberg kita ni. Jom kita ramai-ramai LIKE.