Saturday, 29 April 2017

Tempah Kereta Sewa Di Tawau Secara Online

Selamat sejahtera diucapkan kepada semua supporters Kereta Sewa Tawau J3 yang kami kasihi. Pagi ini kami ada sedikit kelapangan untuk berkongsi tips bagaimana hendak membuat tempahan kereta sewa dengan kami melalui borang online. Kami sebenarnya sangat menggalakkan tempahan online kerana ada bukti "bertulis" antara customer dengan kami tentang tempahan yang dilakukan, Kalau main cakap mulut sahaja, kadang-kadang susah juga. Betul tak?

Jadi hari ini kami akan sediakan di bawah ini, borang online kami yang boleh digunakan untuk menempah kereta sewa terus kepada kami. Ianya memang mudah, cepat dan pantas. Kalau tak percaya, cubalah. Selain dari itu, anda juga boleh menghantar tempahan kereta sewa kepada kami melalui Whatsapp. Cuma perlu klik pada link http://KeretaSewaTawauJ3.wasap.my dan akan terus dapat menghantar tempahan kereta sewa kepada kami melalui Whatsapp tanpa perlu save dahulu no. telefon kami.  Mudahkan? Jadi tunggu apa lagi? Kini sudah ada dua cara mudah untuk membuat tempahan kereta sewa di Kereta Sewa Tawau J3. Jadi jangan berlengah lagi. Sila buat tempahan anda sekarang ;)     
                          

Saturday, 15 April 2017

Kereta Sewa pilihan ramai di Tawau

Selamat sejahtera! Dah lama kami tak online. Manalah tahu ada yang terlupa, kami merupakan Kereta Sewa Tawau J3 iaitu sebuah syarikat kereta sewa yang sentiasa menjadi pilihan ramai di Tawau. Berbanyak-banyak terima kasih kami ucapkan kepada semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Pada regular customer yang sentiasa menyokong kami, trimas for your support! Tanpa anda semua, siapalah kami. Beberapa bulan ini kami sangat sibuk mengaturkan tempahan kereta sewa yang begitu banyak. Maaf seandainya ada yang tak sempat kami uruskan. Kami di Kereta Sewa Tawau J3 akan sentiasa cuba memberi yang terbaik pada anda semua.

Sejak 2017 ini kami dapati begitu ramai pemyewa dari luar negara yang menyewa kereta dengan kami. Ada yang datang dari Poland, Jepun, Ukraine, Italy dll. Kami bersyukur kerana sentiasa menjadi pilihan walaupun kami cuma sebuah syarikat kereta sewa yang biasa-biasa saja di Tawau ini. Penyewa dari Malaysia juga semakin hari semakin bertambah. Sokongan seperti ini membuat kami berasa sungguh terharu dan ingin berusaha lebih lagi untuk anda semua. Kalau boleh kami ingin mengucapkan terima kasih satu-persatu kepada anda semua, kalaulah boleh kan? Di bawah ini kami ingin kongsikan gambar penyewa kereta kami yang sempat kami ambil baru-baru ini. 

Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau J3

Kalau boleh kami ingin kogsikan semua wajah-wajah gembira semua yang telah menyewa kereta dengan kami. Tapi kadang-kadang masa tak mengizinkan. Mana yang sempat, pasti kami akan kongsikan pada semua. Kepada anda yang ingin menjadi sebahagian dari penyewa kereta kami, silakan. Kami sangat mengalu-alukan kehadiran anda. Kami tidak menjanjikan bulan dan bintang, cuma kami janjikan kereta sewa untuk kemudahan anda, pada harga sewa yang tidak membebankan sama sekali. Itu janji kami. Sekiranya berminat dengan perkhidmatan kereta sewa yang kami sediakan di Bandar Tawau ini, hubungi kami segera di talian 014-9669-359 (WHATSAPP) atau klik Borang Tempahan Online Kereta Sewa Tawau J3 . Terima kasih ya, dan teruskan sokongan anda ;)


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Sunday, 12 February 2017

Tips Memandu Dalam Hujan oleh Kereta Sewa Tawau J3


Kereta Sewa Tawau


Best kan bermain dalam hujan? Tetapi bagaimana pula kalau memandu dalam hujan? Dalam hujan lebat pula tu. Best ke? Bagi sesetengah orang, memandu dalam hujan adalah satu kebimbangan. Secara purata terdapat lebih daripada 45,000 kemalangan setiap tahun akibat dari keadaan jalanraya yang licin dan basah, menyebabkan kira-kira 4,700 kematian dan kecederaan.

Tetapi untuk pengetahuan semua, memandu di dalam hujan yang lebat tidak perlu menjadi pengalaman yang mengerikan. Di sini, Kereta Sewa Tawau J3 ingin berkongsikan tips dari Brent Praeter, seorang jurulatih dan pakar pemanduan untuk membantu anda memandu kereta anda, mahupun kereta sewa anda dalam keadaan hujan yang sangat lebat:

Tips pertama, Berfikir. Nampak seperti mudah kan? "Ramai orang memandu separa sedar, kerana kebiasaan," kata Praeter. "Dan apabila hujan, mereka sering tidak mengubah pemikiran mereka." Apabila keadaan adalah kurang daripada yang ideal terutamanya ketika hujan sangat lebat, pemandu perlu sentiasa berwaspada, fokus dan memberi tumpuan kepada apa yang berlaku di sekeliling mereka. Jangan lalai dan mengelamun. Fokus dan fikirkan tentang keadaan sekeliling. 

Tips kedua, Menghidupkan lampu kereta. Menghidupkan lampu kereta apabila jarak penglihatan adalah rendah adalah satu tindakan yang boleh menyelamatkan nyawa ketika memandu di dalam hujan lebat. Ini akan memastikan kereta yang bergerak di hadapan dan belakang anda sedar tentang kedudukan kereta yang anda pandu. Ia dapat mengelakkan berlakunya perlanggaran ketika memandu dalam hujan yang sangat lebat. Praeter juga turut mengatakan bahawa wipers kereta mesti berkeadaan baik dan tayar juga tidak botak bagi memastikan anda sentiasa selamat ketika memandu dalam hujan.

Tips ketiga, Berhati-hati dengan hidroplaning. Itulah istilah teknikal bagi apa yang berlaku apabila tayar anda bergeser di atas permukaan lapisan air berbanding bergeser dengan jalanraya itu sendiri. Apabila hydroplaning berlaku, kereta anda akan mula tergelincir tanpa kawalan. Dengan hanya 1/12 inci lapisan air hujan di jalanraya dan kelajuan hanya lebih daripada 35 batu sejam, anda boleh mengalami hydroplaning. Jadi pandu kereta dengan perlahan ketika berada di dalam hujan. Jika anda mula hydroplane, jangan panik dan sila lepaskan pedal minyak perlahan-lahan dan teruskan memandu tanpa menekan minyak sehingga anda mendapatkan semula kawalan kereta anda.

Okey, mudah kan? Diharapkan perkongsian tips ini akan dapat membantu anda semua apabila memandu di dalam hujan nanti. Sekiranya anda memerlukan kereta sewa yang dapat membantu anda memandu dengan selamat di dalam hujan, sekaligus dapat menjimatkan duit sewa kereta, jangan segan dan jangan malu dan terus sahaja hubungi kami di Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359. Kami menyediakan pelbagai jenis kereta sewa pada harga yang cukup murah untuk anda semua. 


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Friday, 9 December 2016

Kereta Sewa Di Tawau Semasa Musim Cuti Sekolah

Kereta Sewa Murah Tawau


Apa khabar semua?? Dah lama kami tak jenguk blog ni. Maklumlah, sibuk dengan urusan kereta sewa bagi semua pelanggan-pelanggan kami di Tawau. Terima kasih atas sokongan ya. Sedar tak sedar sekarang dah hujung tahun dan kita sekarang sedang berada di musim cuti sekolah. Kanak-kanak semua mesti seronok kan? Bagi ibubapa yang membawa anak-anak ke Tawau untuk bercuti atau melawat keluarga, jangan lupa hubungi Kereta Sewa Tawau J3 untuk mendapatkan kereta sewa yang paling murah di Tawau ya.

Sejak last sekali kami post di blog ini 6 bulan yang lepas, begitu banyak yang telah berlaku. Tapi yang pastinya semua yang baik-baik saja. Pelanggan semakin ramai, cuma kereta sewa kami saja yang tidak mencukupi. Kadang-kadang ada tempahan yang terpaksa kami tolak kereta tiada kereta sudah yang dapat kami berikan. Mohon maaf ya. Kami akan berusaha menambah kereta-kereta sewa kami di masa depan untuk kemudahan anda semua.

Apa pun, kami sentiasa open untuk tempahan. Tapi jangan tempah last minit ya, itu memang confirm susah sikit mau dapat kereta tu. Ada baiknya kalau buat tempahan awal. Untuk bulan Disember ini, seperti biasa tempahan yang kami terima memang berlipat-ganda. Apa pun, masih ada kekosongan lagi. Pada yang berminat menempah kereta sewa murah di Tawau, jangan lupa SMS/WHATSAPP Kereta Sewa Tawau J3 di talian 014-9669-359. Siapa cepat, dia dapat yea. Oh ya, kenapa SMS/WHATSAPP saja? Nak call tak bolehkah? Begini, kami belajar dari kesilapan. Banyak yang telah kami pelajari. Bila call, perbualan verbal, kadang-kadang apa yang kami sampaikan tidak seperti yang diterima (difahami) pelanggan. Lepas tu nanti timbul isu "eh, hari tu bukan kamu cakap begini kah?" Jadi untuk elakkan misunderstanding, kami sekarang prefer black and white, bertulis. Anything nanti, boleh refer semula pada thread perbualan. Mudah kan? Jadi untuk tempahan seterusnya, sila SMS/WHATSAPP kami di talian 014-9669-359 ya. Terima kasih dan teruskan memberi sokongan.


Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 7 June 2016

Kereta Sewa di Bulan Ramadhan



Perlukan perkhidmatan kereta sewa di Tawau sepanjang bulan Ramadhan ini? Hubungi kami segera di talian 014-9669-359. Kalau panggilan tak diangkat, boleh terus sms atau hantar Whatsapp pada kami di Kereta Sewa Tawau J3. Di bulan Ramadhan ini ramai juga yang balik kampung, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan kali ini bermula di musim cuti sekolah. Jadi ramai lah yang pulang ke Tawau ni untuk menyambut puasa yang pertama dengan keluarga masing-masing.

Kami di J3 tetap lancar memberikan perkhidmatan kereta sewa untuk anda semua di bulan puasa ini. Bila-bila masa sahaja boleh hubungi kami sekiranya memerlukan kereta sewa. Ramai yang selalu tanya harga sewa bila menghubungi kami. Sebenarnya harga sewa untuk semua kereta kami boleh dirujuk di laman blog ini. Tekan sahaja tab rate kereta sewa di atas tu ya.

Selain dari urusan yang melibatkan pekerjaan, biasanya kereta-kereta kami disewa pada musim puasa untuk memudahkan urusan membeli-belah. Kalau ada anak-anak yang balik dari perantauan di musim puasa ini, mereka akan menyewa kereta untuk membawa ibu ke pasar bagi membeli barangan untuk di masak semasa berbuka puasa nanti. Betul kan? Sewa kereta di Tawau sekarang tidaklah semahal dulu. Kalau mahu yang paling save budget, macam biasa lah, hubungi sahaja Kereta Sewa Tawau J3.

Jadi jangan tunggu lama-lama. Kami bukan ada stok beratus-ratus kereta untuk disewakan. Kadang-kadang memang selalu fully booked. Ramai juga yang kecewa tu. Jadi untuk mengelakkan kekecewaan di bulan Ramadhan ini, hubungi kami dengan segera di talian 014-9669-359 untuk mendapatkan kereta sewa anda ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Tuesday, 3 May 2016

Kereta Sewa Murah di Tawau

Kereta Sewa Tawau J3 0149669359


Pertama kali datang ke Tawau? Perlukan kereta sewa yang murah-murah saja? Hubungi kami dengan segera. Kami menyediakan perkhidmatan kereta sewa yang paling murah di seluruh Tawau. Harga kami pasti membuat anda berada sangat lega. Ramai yang kata begitu kepada kami, lega sangat jumpa website kami atau jumpa facebook page Kereta Sewa Tawau J3, lega sebab akhirnya jumpa juga syarikat kereta sewa yang bagi harga sewa yang cukup murah.

Kenapa kami bagi kereta sewa yang murah-murah? Itu cara kami nak bantu anda semua yang betul-betul memerlukan kereta sewa. Tak semua orang mampu bayar lebih kan? Kadang-kadang ada yang menyewa kereta kami ni di kalangan mereka-mereka yang baru posting, baru nak start kerja di Tawau. Pastinya duit merupakan satu isu besar kepada mereka. Jadi disini kami memainkan peranan untuk memudahkan mereka bergerak ke tempat kerja pada kos yang cukup murah.

Kami bersyukur kerana sehingga ke hari ini perkhidmatan yang kami tawarkan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari semua pihak. Kami mula beroperasi beberapa tahun yang lepas dalam perniagaan kereta sewa ini. Bermula dari dua buah kereta sahaja. Kereta Proton Wira dan juga kereta Perodua Kancil. Hari ini jumlah kereta kami semakin bertambah kerana permintaan yang tinggi dari pelanggan-pelanggan yang memerlukan kereta sewa yang murah. Terima kasih kami ucapkan.

Walaupun kelebihan kami adalah dalam menawarkan kereta sewa yang murah, ada juga pelanggan yang menghubungi kami untuk menyewa kereta  mewah yang agak mahal harganya. Bukan sekali dua kami mendapat panggilan telefon untuk menyewa Ninja King, BMW, Alphard dan sebagainya. Akibat dari itu kami sekarang sedang berkira-kira untuk meluaskan niche kami dari kereta sewa murah kepada kereta yang mewah juga. Maksudnya, selain menawarkan kereta sewa murah, sekarang kami juga turut menyewakan kereta yang mewah untuk pelanggan yang memerlukannya. Perkara ini sekarang dalam proses pelaksanaan. Doakan kami berjaya ya.

Dalam pada itu, jangan risau. Walaupun kami dah sewakan BMW satu hari nanti, status kami sebagai penyedia kereta sewa yang paling murah di Tawau tetap berjalan seperti biasa. Kami akan pastikan tiada sesiapa yang akan terbeban membayar sewa kereta dengan kami. Oleh itu, kalau anda memerlukan kereta sewa yang murah di Tawau, hubungi kami dengan segera di talian 014-9669-359. Terima kasih ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459

Monday, 18 April 2016

Sewa kereta Terkini di Kereta Sewa Tawau J3

Lama kami tak post di blog ini. Maklum lah, tiada berita terkini. Tapi pada hari ini kami ada satu berita baru untuk anda semua. Untuk makluman, ada pindaan baru terhadap rate sewa kereta kami di Kereta Sewa Tawau J3. Jadi sekarang ada list terkini untuk harga kereta sewa dan juga penambahan beberapa jenis kereta baru untuk anda semua. Jom semak!









Amacam? Sebenarnya tak ada beza yang ketara sangat dari segi harga. Masih murah seperti dulu juga. Cuma bezanya sekarang dan tiada potongan harga untuk sewaan 3 hari. Kami anjakkan kepada 7 hari. Rate pula sama sahaja. Jadi untuk makluman semua, berkuatkuasa 18 April 2016, inilah rate kereta sewa di Kereta Sewa Tawau J3. Sekian dan teruskan sokongan anda semua. Kami amat menghargainya ;)



Tempah kereta sewa anda sekarang:
H/P: 014-9669-359 (call/sms/whatsapp)
Latitude/Longitude (gps): 4.251975, 117.899459